Orang utan telah digunakan dalam logo tahun melawat Malaysia sejak pentadbiran Dr Mahathir Mohamad lagi, kata Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
“Saya hanya ikut dia,” katanya kepada Malaysiakini.
Nazri diminta mengulas sindiran Mahathir terhadap logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang dikecam hebat di alam maya.
Mahathir hari ini malah secara sinis bertanya sama ada gambar mawas yang berkaca mata hitam itu kera atau manusia.
Nazri bagaimanapun berkata di sebalik kontroversi itu, ia tanpa sedar telah mewujudkan kesedaran awam berkaitan kempen itu.
“Saya guna (gambar) monyet itu supaya monyet macam dia (Mahathir) buat ulasan macam ini,” kata menteri yang terkenal dengan cakap lepasnya itu.
“Akhirnya logo saya sohor kini (trending) dan akan wujudkan kesedaran di kalangan rakyat Malaysia bahawa terdapat kempen Visit Malaysia 2020.
Menurut laman web pelancongan Malaysia, orang utan digunakan bernama Wira digunakan sebagai maskot dalam kempen melawat Malaysia pada tahun 1990.
Grafik Malaya, Facebook untuk pereka tempatan, telah mengemukakan beberapa logo alternatif terhadap kerana beranggapan rekaan sedia ada itu lemah dan tidak sesuai.