PROVOKE YANG BODOH UNTUK MEMBERIKAN GAMBARAN BAHAWA BN AKAN TUMBANG PADA PRU 14.
CADANGAN YANG BODOH JIKA DI IKUTI OLEH KERAJAAN YANG ADA BERMAKNA NAJIB AKAN DI COP SEBAGAI PIEM YANG PALING BODOH DALAM DUNIA.
JIKA DASAR LUAR NEGARAPUN TERPAKSA DITAKLIMATKAN KEPADA SEORANG YANG KONONNYA AKAN MEMEGANG JAWATAN SEBAGAI BAKAL PIEM MAKA ITU MENUNJUKKAN BAHAWA PEMERINTAH YANG BAHARU PALING BANGANANG DALAM DUNIA, NAK JADI ABU NAWAS ?
OTAK UDANG CAMPUR TAIK KAT KEPALA
-Pak Karamu-
Najib perlu beri taklimat dasar luar negara kepada Tun M
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (Harapan) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi taklimat kepada calon perdana menterinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan keputusan-keputusan dasar luar negara.
Menurut kenyataan bersama Liew Chin Tong (DAP), Dr Dzulkefly Ahmad, (Amanah), Datuk Dr Rais Hussin, (Bersatu) dan Syed Ibrahim Syed Noh (PKR), tindakan itu adalah untuk menjamin konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna sekiranya berlaku perubahan kerajaan selepas PRU14.
“Kerajaan sedia ada perlu melibatkan Harapan dalam dasar luar negara untuk memastikan konsensus dwi parti dan peralihan kuasa yang sempurna.
“Bagi menjamin dasar-dasar luar negara yang telah ditetapkan kerajaan sekarang, beliau (Najib) bertanggungjawab untuk memberi taklimat kepada calon perdana menteri Harapan serta ahli-ahli Parlimen lain supaya tiada sebarang kesan negatif berlaku kepada rakan-rakan negara asing,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.
Pada masa sama, kenyataan itu juga menyebut bahawa dalam mana-mana demokrasi matang, semua ahli Parlimen akan duduk bersama di dalam jawatankuasa dasar luar negara Parlimen untuk meneliti dasar-dasar luar negara kerajaan sedia ada dan membina konsensus yang luas.
“Untuk memastikan negara-negara asing tidak terkesan akibat perubahan kerajaan, dalam mana-mana demokrasi matang ketua pembangkang biasanya akan diberi taklimat oleh kerajaan berhubung dasar luar negara dan isu-isu keselamatan.
“Amalan-amalan sebegini patut dicontohi dan dijadikan sebahagian dari amalan institusi kerajaan kerana perubahan kerajaan pada PRU akan datang tidak mustahil,” katanya.