Anwar menyatakan gabungan itu memang bertunjangkan 4 parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak.
Ketua Umum PH itu berkata, gabungan itu memang bertunjangkan 4 parti tetapi kekuatannya adalah suara rakyat terbanyak.
“Pakatan Harapan telah mula bertapak dengan meyakinkan, dan terbukti mampu menggembeling semua kekuatan lama dan baru.
“Malah ia telah mengejutkan pemerhati politik yang curiga akan kemungkinan tercapainya muafakat dikalangan tokoh, wadah dan kecenderungan yang berbeza.
“Ini berlaku kerana tumpuan utama kita adalah kepentingan dan kemaslahatan rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Terdahulu, Tenaganita bersama 16 badan bukan kerajaan (NGO) serta 107 aktivis demokrasi merayu rakyat membuat keputusan yang betul dengan menolak Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.
PH diuar-uarkan akan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, sementara menunggu Anwar dibebaskan dari penjara dan layak mengambil alih jawatan itu.
Gabungan NGO itu khuatir pencalonan Dr Mahathir dan Najib untuk pilihan raya umum ke-14 akan menjadi “perlumbaan” yang akan membawa implikasi buruk kepada aktivisme politik yang muncul dan telah mencapai kemajuan besar sejak 2008.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga merupakan Ketua Umum PH mengingatkan rakyat menyokong PH kerana mereka membawa agenda perubahan melawan keangkuhan kuasa, rasuah, kronisme dan kleptokrasi.
Beliau turut mengingatkan gabungan pembangkang akan ancaman aliran perkauman melampau dan kefanatikan agama.
“Saya gesa semangat permuafakatan segera dipahat dalam wadah PH dengan mengenepikan kenyataan melampau dan terlanjur.
“Prinsip luhur inilah yang yang perlu dahulukan, manakala permasalahan lain yang tidak asasi atau mendesak dirungkai secara musyawarah,” katanya.