Kasih Ayah Hingga Akhir Hayat infomalay12.blogspot.com


Seorang ayah telah menghembus kan nafas yang terakhir dipercayai selepas menyelamat kan anak bongsunya didalam kebakaran rumahnya di Kampung Kuala Ibai,Kuala Terengganu pada hari ini.

Lebih menyayat hati,mangsa  Ahamd Fakhrurazi Shafie,45 ,telah ditemui dalam keadaan tidak sedar kan diri sambil memeluk erat tubuh anaknya Muhammad Aqil Harith,3 di halaman rumah oleh anak saudaranya pada 8.40 pagi.

Anak saudaranya, Ahmad Syahir Azizi Ahmad Zulfa,18 berkata beliau tiba di rumah neneknya yang berhampiran rumah mangsa terlihat gumpulan asap tebal.

"Pada mulanya saya ingatkan ada orang membakar sampah sebelum dikejutkan dengan satu bunyi letupan kecil dan cermin pecah dari rumah ayah saudaranya,beberapa minit kemudian.

"Saya bergegas keluar dari rumah untuk melihat apa yang terjadi dan ternampak ayah saudaranya terlantar di halaman rumah sambil memeluk erat anak bongsunya di dada,"katanya.

Selain itu, dia cuba untuk membangun kan ayah saudaranya yang juga seorang Timbalan Cawangan UMNO Kuala Ibai, tetapi bapa saudaranya tidak memberi sebarang tidak balas dengan keadaan muka yang sudah pucat.

Anak bongsu mangsa hanya menangis dalam pelukan ayahnya,namun tiada sebarang kecederaan di alami oleh kanak-kanak terbabit sebelum diambil oleh neneknya.

"Kemudian mangsa telah pun disahkan meninggal dunia sebaik sahaja pasukan perubatan tiba di lokasi kejadian untuk memberi rawatan kecemasan,"katanya.

Tengku Mastura Ahamd,30-an (isteri mangsa) sudah pun keluar ke tempat kerja manakala tiga lagi anaknya masih berada di sekolah.

Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Azlimin Mat Noor berkata, pihaknya telah menerima panggilan pada pukul 8.45 pagi sebelum 18 anggota bersama dua jentera dikejarkan untuk pergi ke lokasi kejadian.

Namun,api sedang marak membakar rumah mangsa. Sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian mangsa yang terbaring kaku di luar rumah disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang turut membantu dalam kes ini.

"Kami mengambil masa selama 10 minit untuk memadam kebakaran daripada merebak,namun punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan lanjut,"katanya. Editor: Ila


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :