'Jangan Salahkan Ganja' - Fathia Latiff infomalay12.blogspot.com




Malaysia digemparkan dengan isu penahanan Datuk Farid Kamil yang didakwa mengamuk dan menyerang anggota polis dan orang awam di balai polis dan disahkan positif dadah.

Rakan-rakan artis turut menyuarakan pandangan mereka mengenai Farid Kamil dan tidak ketinggalan aktress kontroversi Fathia Latiff apabila memuat naik status di laman Twitter miliknya.

Fathia menerusi tweetnya mengatakan tindakan Farid itu berpunca dari kemarahan dan ganja tidak wajar dipersalahkan dan turut menggesa pihak berkuasa melakukan ujian air kencing ke atas pegawai polis susulan penahanan Farid yang dikaitkan   dadah jenis ganja.

"Farid Kamil sedang marah. Jangan salahkan ganja. Siasat polis kemungkinan mereka juga positif (dadah)," tulisnya yang kini berada di Berlin, Jerman.

Fathia mencabar pihak polis untuk membuktikan mereka ini ‘bersih’ daripada najis dadah.

Pelakon drama Ariana Rose ini juga berpendapat pihak polis sepatutnya tidak mendedahkan kes melibatkan Farid kecuali mendapat 'keizinan' untuk mendedahkan laporan tersebut. Sumber:malaysiandigest.com , Editor:Farhana







Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :