Jangan Kata Program Tangkap Muat, Banner Pun Tangkap Muat Juga, Bagaimana Rakyat Selangor Mengundi Mereka? infomalay12.blogspot.com


Menjelang Pilihan Raya Umum ke 14, banyak program-program ekspres dan tangkap muat terpaksa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan di Selangor untuk membeli jiwa pengundi-pengundi Selangor. Antaranya adalah program tangkap muat Tuisyen Rakyat. 

Faktanya ialah Rakyat Selangor yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2018 berjumlah ribuan pelajar di seluruh  Selangor. Namun Kerajaan Pakatan Selangor membuat propa dengan menawarkan kepada 100 orang sahaja? Saya ulang 100 orang sahaja? 

Dengan motto yang tertulis, 'Daftar Percuma', adakah ini bermaksud untuk 100 pelajar berkenaan daftar tuisyen adalah percuma dan setiap bulan akan dikenakan yuran? Jangan kata ini mustahil sebab Pakatan Pembangkang menjanjikan pendidikan percuma sekiranya memerintah namun universiti di bawah Kerajaan Pakatan Selangor, Unisel masih mengenakan yuran yang tinggi.

Bukan setakat program Tuisyen Rakyat ini tangkap muat dan buat ala kadar, malah banner di atas pun dibuat seperti melepaskan betuk di tangga. Ejaan 'program' menjadi 'porgram' (bunyi macam pork) dan Selangor menjadi 'Selanagor'. Mungkin Cina Bukit DAP yang diberi kontrak menyiapkan banner di atas kot? 

Subscribe to receive free email updates: