Ketika genderang Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) sudah dipalu dan dijangka berbaki beberapa bulan sahaja lagi untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membubarkan Parlimen, suara-suara kritikal semakin jelas ketika Pakatan Harapan (HARAPAN) diuar-uarkan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri gabungan pembangkang itu.
Penolakan ini mudah difahami memandangkan mantan perdana menteri selama 22 tahun itu amat sinonim dengan rantaian tragedi duka aktivis-aktivis oposisi ketika beliau di puncak kuasa. Permohonan maaf yang dilontar kelmarin juga - walau dituntut ramai pihak sebelum itu - telah diperlekeh sebagai 'tidak ikhlas' dan 'maaf orang politik'.
Terkini telah bergerak kerja-kerja propaganda membandingkan kepimpinan Najib dan kepimpinan Mahathir ketika kedua-duanya memimpin jemaah menteri. Barisan Nasional (BN) dan PAS kelihatannya mahu menjustifikasi Najib lebih baik, sementelah organ penerangan HARAPAN dilihat terus menyerang kebobrokan Najib, walau tidak atau belum lagi masuk ke 'mode' mempertahankan Mahathir.
Dilema pastinya menyelubungi pihak yang tolak BN, Najib dan PAS, tetapi tidak setuju dengan HARAPAN dan Mahathir. Kelompok mahasiswa dan aktivis yang tersangkut di tengah-tengah ini wujud dan masih tetap di situ. Sekali-sekala memunculkan diri dalam protes dan forum-forum awam.
Keadaan ini berlarutan lama dan telah muncul pun gerakan-gerakan kempen ke arah undi rosak dan boikot undi yang dimaklumi umum, pasti memenangkan BN. Lantas bagaimana?
Nah, mari kita berbincang dan melontar pandangan. Sekurang-kurangnya buat bekal dan pertimbangan aktivis-aktivis di luar yang masih belum menentukan destini perjuangan. Kalau pun sudah terlewat, jauh lebih baik dari terus bergundah-gulana sekadar meluah di muka buku. Mudah-mudahan mampu menggarap tenaga yang berbaki untuk melengser BN dan memancang reformasi menyeluruh.
Cadangan ini mungkin sukar, tapi berbaloi jika dijayakan; iaitu, ditubuhkan sebuah parti politik baharu, dipimpin orang muda dan bercitra nasional. Sebuah parti politik dengan garapan idea bernegara yang lebih ampuh dan berpengaruh daripada Mahathir dan Najib.
Read More / Baca Lagi >>