Gempar !!! Aksi Tembak Menembak Di Sungai Udang infomalay12.blogspot.com


MELAKA: Dua penjenayah warga asing ditemui mati di Taman Bandar Baru, Sungai Udang awal pagi tadi. Di faham kan lebih kurang jam 5.00 pagi tadi sebuah kereta Honda City berwarna Sliver dan tidak memiliki nombor plat pendaftaran di percayai kereta curi telah berhenti di hujung lorong Kerambit 7 bersebelahan pasaraya Apple.

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa mereka terdengar bunyi tembakan berdekatan. Pihak polis yang bergegas ke tempat kejadian melalui jalan belakang telah menjumpai 3 orang penjenayah. Penjenayah tersebut keluar dari kereta lalu melepaskan sebuah tembakan ke arah polis.

Menyedari akan kehadiran pihak polis penjenayah terbabit berjaya melarikan diri melalui jalan Kerambit 7 menuju ke JPN utama lebuh raya SPA.

Bagaimana pun, pihak polis telah sedia mengepung jalan berhampiran dan berlakulah adegan tembak menembak di antara pihak polis dan penjenayah.

Di faham kan, dua orang penjenayah tersebut berjaya ditembak mati manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.

Susulan maklumat risikan itu ,identiti mangsa adalah warga asing dan masih belum dapat dikenal pasti kerakyatannya. Mangsa difahamkan berumur lingkungan 30 an.

Pihak polis menasihati supaya penduduk setempat agar lebih berhati-hati kerana salah seorang dari mereka masih lagi berada didalam kampung tersebut.

Pemeriksaan menemui beberapa bilah parang, dan senjata tajam yang lain didalam kereta tersebut.Selain dari itu, pihak polis juga menjumpai sejumlah wang tunai yang masih belum dianggarkan nilainya. Editor: Ila






Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :