"Pejabat PKR, pejabat saya dan pejabat Karpal tidak menerima sebarang surat. Karpal dan saya tidak menerima apa-apa maklumat (surat) yang dihantarkannya (Mazlan) ke pejabat kami. Sehingga hari ini dia tidak menyerahkan sebarang surat," kata Anwar, menjawab soalan daripada peguamnya, Sangeet Kaur Deo semasa pendengaran saman fitnahnya terhadap Mazlan, Sistem Televisyen Malaysia (TV3) dan Utusan Melayu (M) Bhd.
Mazlan adalah ketua pegawai operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan bekas calon Barisan Nasional (BN) untuk Permatang Pauh.
Anwar menyaman ketiga-tiga pihak itu kerana fitnah berhubung laporan TV3 dan Utusan mengenai dakwaan Mazlan yang terdapat lebih 6,000 surat yang mengaitkan Anwar dan Karpal dengan rasuah yang berada dalam simpanannya.
"Seseorang perlu bertanggungjawab terhadap kata-kata yang dikeluarkan. Walaupun media terus merumuskan apa yang dikatakannya, mereka perlu menggunakan kata-kata Mazlan yang digunakan. Inilah yang ingin kita tentukan (untuk menunjukkan) sama ada apa yang anak guam saya katakan adalah fitnah," kata peguam Mazlan, Hasnal Rezua Merican selepas mahkamah menangguhkan sesi.
"Surat-surat itu mengandungi maklumat fitnah tetapi anak guam saya mengatakan dia tidak boleh memberi komen kerana tertakluk kepada Bafia dan dia akan membiarkan Anwar dan Karpal menjelaskan (peranan mereka di dalamnya)."
Ketua DAP Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada April 2014.
Dalam laporan berita yang diterbitkan pada 2013, Mazlan memberitahu media beliau tidak boleh memberi ulasan mengenai isi surat itu kerana tertakluk kepada Akta Perbankan & Institusi Kewangan, 1989 (Bafia).
Read More / Baca Lagi >>