Dua Beradik Suspek Utama Dalam Kes Ragut Di Kampung Sri Rabana infomalay12.blogspot.com


KOTA BHARU: Kelmarin seorang mangsa telah ragut di Kampung Sri Rabana masih belum sedarkan diri. Mangsa di hantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM), Kubang Kerian.

Dipercayai kejadian tberlaku pada pukul 6.30 petang. Maria Erianty Zakaria,40, parah di bahagian kepala serta patah tangan kiri selepas motosikal yang dipandunya hilang kawalan akibat diragut dua beradik.

Mangsa yang parah telah dirawat di Hospital Machang sebelum dia dirujuk ke HUSM bagi rawatan lanjut.

Mohd Zairie Mohamad Zain,48,suaminya,berkata ,selepas menjalani pembedahan untuk membuang darah beku, isterinya masih lagi tidak sedar kan diri.

Suhu badan isterinya juga naik dan tekanan darahnya tidak stabil.

"Bagaimana pun,saya dimaklumkan keadaan isteri sudah pun mulai stabil dan doktor menasihat kan supaya dia diberikan rehat yang secukupnya.
"Saya hanya mampu berdoa kepada Allah semoga isteri saya cepat sembuh seperti sedia kala. Keempat-empat anak saya berusia 10 hingga 21 amat merinduinya dan sering bertanyakan perkembangan ibu mereka yang masih tidak sedar kan diri itu,"katanya

Suaminya berharap agar suspek yang ditahan menerima hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka kerana mengakibat kan isterinya masih tidak sedar kan diri lagi,
"Saya mahu keadilan sepenuhnya dan berharap mereka dikenakan hukuman sewajarnya.Dengan cara ini kita dapat memberikan pengajaran kepada mereka dan orang ramai,"katanya.
Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari aktiviti senamrobik terjatuh dari motosikal kerana dipercayai dua beradik yang cuba meragut beg tangan mangsa.

Kepalanya terhantuk pada batu ketika dia terjatuh semasa bergelut dengan suspek selain patah tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Machang,Deput Superintendan Dzulkifli Ab Ghani, berkata dua beradik berusia antara 26 tahun dan 14 tahun yang cuba meragut mangsa.Suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.
Walaubagaimanapun, suspek dua beradik itu berjaya ditahan dengan bantuan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis. Editor: Ila




Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :