MUMBAI – Seorang lelaki telah menemui ajalnya apabila disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di sebuah hospital di Mumbai.
Mangsa yang bernama Rajesh Maru, 32, telah membawa sebuah silinder oksigen apabila dia menemani seorang saudaranya ke bilik MRI di Hospital Kebajikan BYL Nair Charitable.
Tarikan magnet MRI yang kuat itu telah menyedutnya sebaik sahaja dia memasuki bilik itu.
Maru tidak dapat melepaskan dirinya kerana tangannya tersepit dan melekat seperti 'dipaku' di antara mesin MRI dan silinder oksigen yang dibawanya.
Pesakit yang ditemani mangsa telah menjerit untuk meminta bantuan, kemudian beberapa orang lelaki segera masuk lalu menarik mangsa sehingga berjaya keluar daripada mesin itu.
Maru dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital.
Menurut laporan NDTV, saudara Maru yang bernama Harish Solanki berkata salah seorang kakitangan telah memberitahu tidak perlu membawa silinder oksigen masuk ke dalam bilik MRI.
“ Mereka sudah memberitahunya bahawa benda-benda logam tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik MRI, namun dia berkata tidak mengapa kerana kami melakukannya setiap hari. Kakitangan itu juga mengatakan bahawa mesin itu telah dimatikan, doktor dan juruteknik tidak mengatakan apa-apa.
“Sebaik sahaja Maru masuk dengan silinder itu, mesin MRI itu berfungsi. Maru disedut dan tangannya terpaku di antara mesin MRI dan silinder. Badannya tersepit dan dia tidak dapat bercakap. Disebabkan kecuaian, Maru telah mati, ” kata Solanki.
Menurut laporan media, tiga kakitangan hospital termasuk seorang doktor, pembantu dan jururawat ditahan untuk siasatan lanjut di atas kes kecuaian.
Sumber:MalaysiaGazette , Editor:Farhana
Related Posts :
Lelaki tebas kekasihnya yang baru lulus kedoktoran kerana lamaran ditolak infomalay12.blogspot.com
Khamis, 18 Oktober 2018
Seorang doktor muda ditebas pacarnya kerana menolak saat dilamar. Tribun Video melansir Daily … Read More...
[Video Siapa nak TUNGKUS LUMUS untuk PRU15 nanti?] DAP TAK NAK PINGAT PUN BISING? Bagi pengumpul pingat, ini isu besar! infomalay12.blogspot.comKhamis, 18 Oktober 2018
Ni kata PPBM
Ni pulak DAP kata
DAP TAK NAK PINGAT PUN BISING?
Bagi pengumpul pingat, ini isu besar, tanda s… Read More...
[Video Zahid tolak cadangan ikat jamin, kata isteri] Zahid dijangka hadapi 35 pertuduhan di bawah AMLA, Akta SPRM babit RM7 juta? Dtahan SEMALAMAN di SPRM ('malam Jumaat beb') & Kerja berterabur tetapi sudah tidak menolak dengan anugerah dan pingat. infomalay12.blogspot.comKhamis, 18 Oktober 2018
Suara Rakyat
#HariIniDalamSejarah
PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadapi sekurang-ku… Read More...
[Video Anak Zahid Hamidi Mengamuk, Menangis di Solidariti Untuk Zahid] Macai UmnoBN ni, dah takda kuasa pun masih perasan samseng lagi ka! Syarikat China tandatangani MOU labur dalam industri herba negara. infomalay12.blogspot.comKhamis, 18 Oktober 2018
Dah takda kuasa pun masih perasan samseng lagi ka!
HAR.. HAR.. HAR..
Suara Rakyat
Syarikat China tandatangani MOU… Read More...
[Video O O YAO YAO YA BONGKAR] Presiden UMNO & Bekas Presiden UMNO dihadapkan ke SPRM serentak hari ini! Mana pejuang reformasi? Soal anak Zahid infomalay12.blogspot.com
… Read More...