BUKAN TUKAR KERAJAAN, TAPI MENGEKALKAN BN AKAN MENJADIKAN NEGARA HANCUR infomalay12.blogspot.com

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berterusan meracuni otak rakyat dengan mengamalkan politik sempit, mengugut atau menakutkan rakyat sebagai strategi untuk kekal berkuasa.
Mungkin beliau dalam keadaan terdesak, tertekan atau takut kerajaan pimpinannya tumbang maka beliau turun dalam stigma sedemikan bagi mengajak rakyat berkongsi ketakutannnya.
2. Ucapan berapi-api beliau ketika lawatannya ke Sabah menyinarkan ugutan dengan penuh emosi agar rakyat di sana jangan menukar kerajaan kerana jika silap menukar kerajaan, negeri atau negara boleh hancur.
Nada ketakutan, kerisauan dan kebimbangan PM Najib Razak terhadap kebangkitan rakyat terserlah sehingga terbawa-bawa dalam ucapannya.
Mungkin beliau sudah merasakan tsunami perubahan sudah melanda rakyat bahawa kerajaan pimpinannya sudah tidak lagi relevan dan perlu ditukar pada pilihan raya umum ke-14.
3. Begitu mudah PM Najib Razak menanam sikap prejudis rakyat terhadap pembangkang khususnya Pakatan Harapan.
PM Najib Razak masih membawa  pendekatan politik lapuk dan kuno di tengah masyarakat Malaysia yang celik politik dengan menjadikan budaya 'khurafat UmnoBn" untuk mengangkat parti pimpinan pemerintah dijulang melangit manakala parti pembangkang dihumban dengan hina ke laut adalah bukti mengekalkan fahaman khurafat seolah-olah hanya UmnoBN sahaja layak menjadi kerajaan sementara parti pembangkang lainnya tidak layak memerintah.
Lebih mengerikan apabila tohmahan bahawa pembangkang akan menghala rakyat ke arah perpecahan dan kemusnahan manakala hanya BN sahaja yang mampu mengekalkan kesejahteraan negara.
4. PM Najib Razak lupa, bahawa sebagai sebuah negara demokrasi, setiap parti politik yang sah berdaftar berhak untuk diundi oleh rakyat sama ada kerajaan mahupun pembangkang, jika mereka telah dipilih oleh majoriti rakyat pastinya parti tersebut akan menguasai kerajaan.
Jika doktrin PM Najib Razak bahawa hanya BN sahaja layak memerintah, tidak perlu adanya demokrasi untuk diamalkan di negara ini dan lebih baik terapkan terus sistem pemerintahan diktator dimana hanya beliau dan BN sahaja ada sebagai sebuah parti dan tidak ada parti lainnya sorta haramkan parti selain UmnoBn daripada bertapak di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :