Bapa Bantu Bekas Menantu Bunuh Anak Sendiri infomalay12.blogspot.com


PAKISTAN - Seorang wanita yang dikenali sebagai Samia Shahid, 28 dari Bradford di West Yorkshire dipercayai telah menjadi mangsa rogol dan bunuh oleh bekas suaminya

Bapa mangsa yang bernama Chaudhry Muhammad Shahid, 52, dituduh telah turut membantu suspek untuk membunuh anaknya.

Mangsa dipercayai dirogol dan dicekik oleh bekas suaminya yang juga merupakan sepupunya , ketika melawat saudara-saudaranya di Punjab, Pakistan pada 2016.

Suspek sedang menunggu perbicaraan untuk kes pembunuhan itu.

Mangsa disahkan meninggal dunia pada hari ahad di sebuah hospital di Lahore, kemudian keluarga melaporkan kepada BBC walaupun punca kematian belum dikenal pasti.

Pada awal siasatan mangsa disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, namun hasil bedah siasat mendapati mangsa sebenarnya di cekik.

 
Samia Shahid bersama Chaudhry Muhammad Shakeel bekas suaminya dan juga sepupunya yang merogol dan membunuhnya (Gambar: Universal News And Sport)

Samia berkahwin dengan sepupunya yang diatur oleh keluarga namun pernikahan itu tidak bertahan lama.

Mereka bercerai secara rahsia dan Samia berkahwin dengan suaminya yang kedua, Syed Mukhtar Kazam, di Leeds pada 2014 sebelum pasangan itu berpindah ke Dubai.

Kazam kini mendakwa bahawa isterinya dibunuh kerana keluarganya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.
Samia Shahid bersama suami keduanya Syed Mukhtar Kazam (Gambar: Syed Mukhtar Kazam)



Syed Mukhtar Kazam percaya bahawa isterinya terbunuh kerana keluarganya tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.

Kazam berkata dia merasa ketakutan dan tidak sedap hati ketika meninggalkan isterinya di lapangan terbang untuk pergi ke Pakistan untuk bertemu ayahnya yang sedang sakit serta keluarganya yang berada di negara itu.

Beberapa hari kemudian, dia mendapat berita kematian isterinya dan bapa serta bekas suami isterinya ditangkap berkaitan dengan kes pembunuhannya.

Bapa saudara Samia Shahid memberitahu BBC bahawa seluruh ahli keluarganya menafikan tuduhan tersebut.

Mengikut anggaran, hampir 1,000 wanita dibunuh di Pakistan setiap tahun kerana melanggar norma konservatif percintaan, perkahwinan dan tingkah laku awam. Editor:Farhana

Subscribe to receive free email updates: