Seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung untuk anaknya namun tidak menjalankan tanggungjawab malah telah melalukan perbuatan sumbang dan keji terhadap anak perempuannya.
Ayah tersebut dipercayai telah merogol dan mencabul anak-anak perempuannya di rumah mereka.
Walaupun mangsa telah membuat aduan kepada ibunya namun lansung tidak diendahkan.
"Ayah pass phone dia pada adik. Adik amik handphone and main handphone. Belakang adik, ayah mencabul dan rogol saya." kata mangsa
Kejadian telah pon berlaku selama lima tahun sehingga anak itu sudah tidak ada perasaan walaupun Kejadian itu berlaku di hadapan semua adik beradiknya.
Namun perkara itu tetap menyakitkan kanak-kanak itu malahan semua kanak-kanak sekiranya menjadi mangsa rogol bapa sendiri.
Setelah mangsa memasuki sekolah menengah, dia cuba membuat aduan kepada seorang guru dan guru tersebut telah menghubungi seorang pemuda yang bernama syed Azmi yang mana terkenal kerana kerja amalnya dalam komuniti dan sentiasa memberi impak dalam memperbaiki keadaan masyarakat.
Syed Azmi memberikan ujian kehamilan kepada mangsa dan hasilnya negatif dan dia menjelaskan bahawa kedatangannya di sekolah itu untuk melindungi mangsa.
Guru sekolah telah menceritakan segalanya kepada Syed Azmi dan mereka bertanyakan apa yang perlu dilakukan dan beliau mengatakan mangsa perlu melakukan pemeriksaan kesihatan seterusnya membuat laporan polis
Mangsa kelihatan berada dalam ketakutan dan memikirkan sekiranya buat laporan polis apa yang akan terjadi kepada ibu dan adik beradiknya.
Syed Azmi berkata dia cuba buat yang terbaik untuk membantu mangsa.
“Nak report police?"
" Tak tahu" jawab mangsa,
" Habis dik, nanti siapa nak bagitahu ayah supaya jangan buat lagi?"
“Lagi lama kita tunggu, ayah akan terus buat” katanya kepada kanak-kanak itu.
Akhirnya dia berkata bahawa kakaknya turut menjadi mangsa ayah mereka dan sekiranya kakaknya mahu membuat laporan polis dia juga akan buat.
Kanak-kanak yang berada di Selangor itu menghubungi kakaknya yang tinggal di kuala lumpur dan kakaknya memikirkan perkara yang sama dengan dia.
Mereka takut sekiranya report di buat, keluarga dan jiran akan mengata serta ayah mereka juga akan hilang pekerjaan.
Mangsa berkata dia mahu sambung belajar, sekiranya ayahnya hilang pekerjaan siapa yang mahu menanggung pembelajarannya.
Dua beradik itu berkata mahu fikir dahulu.
Syed Azmi memandu untuk pulang dahulu dan menunggu keputusan mangsa.
Beliau menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan pasukan beruniform.
Akhirnya mangsa dan kakak membuat keputusan untuk melaporkan kepada polis namun mahu menunggu hujung minggu ketika ayah tidak bekerja.
Sebagai seseorang yang menghormati keperluan kanak-kanak beliau berharap dapat buat yang terbaik.
Tapi perkara yang menyedihkan adalah mereka telah melakukan perbuatan terkutuk itu sesama adik beradik lebih 5 tahun.
Namun keadaan keluarga yang memainkan peranan penting mengapa mereka tidak mahu membuat laporan kepada pihak berkuasa.
Ibu mereka seorang suri rumah dan hanya ayah mereka seorang sahaja yang bekerja dan mereka tiada datuk nenek dan saudara terdekat serta mengalami konflik keluarga.
Sekiranya si ayah masuk ke dalam penjara siapa yang mahu menanggung keperluan harian mereka?
Setiap masalah itu perlu jalan penyelesaiannya.
Syed Azmi berkata menjelaskan takut untuk membuat laporan sekiranya ada gangguan seksual terutamanya kepada kepada guru, jiran dan kaunseling.
Ingatkan kepada anak-anak untuk kenal pasti balai polis yang berdekatan dan dapatkan nombor telefon polis serta hubungi talian 15999. Editor:Farhana