Aktivis #Undirosak kecewa dengan HARAPAN infomalay12.blogspot.com

Sejak dua minggu kebelakangan ini landskap politik negara digegarkan oleh kempen #undirosak yang mengajak rakyat Malaysia merosakkan undi dengan sengaja sewaktu Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14).
Tiada siapa yang tahu akan mereka yang memulakan kempen ini. Ia bergerak dengan sendiri di media sosial melalui hantaran (post) yang menjelaskan kenapa ia adalah langkah yang terbaik diambil dalam membuat pilihan demokratik.
Bahkan kalau ditanya kepada penyokong kempen ini sekali pun, mereka juga tidak tahu siapa yang mengasaskannya, apa gerak kerjanya atau jika ada yang mendanai kempen ini.
Apa yang pasti, ketika calon perdana menteri Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad menuding jari kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) sebagai dalang di sebalik kempen #undirosak, ia disambut dengan sindiran, jenaka dan ketawa para penyokong kempen ini.
Orang muda
‘Hashtag’ #undirosak mula berlegar dan menjadi popular selepas pengumuman rasmi Tun Dr. Mahathir calon perdana menteri HARAPAN pada 7 Jan.
Tanpa sebarang organisasi rasmi, aktivis-aktivis kempen menggunakan akaun media sosial milik peribadi untuk menjual propaganda mengajak masyarakat merosakkan undi.
Suara mereka adalah suara peribadi dan tidak mewakili parti politik yang mereka sertai.

Bernama berjaya menemui salah seorang aktivis #undirosak Muhamad Harris Nasril, 36, yang berkata kempen ini bergerak secara organik atas kesedaran rakyat sendiri dan bukan kerana kepentingan politik. Penting diketahui bahawa kebanyakan penyokong kempen #undirosak ini datang daripada penyokong parti-parti komponen HARAPAN sendiri serta beberapa parti pembangkang lain yang tidak terlibat dalam gabungan itu.
Persoalan besarnya adalah, mengapa mereka sanggup melakukan tindakan yang boleh menipiskan peluang HARAPAN memenangi PRU14 sedangkan parti-parti komponen HARAPAN merasa ini adalah peluang terbaik bagi mereka menawan Putrajaya?
Bukan anti PRU
Dari hari ke hari, kempen ini semakin mendapat sambutan golongan muda serta pengundi atas pagar yang tidak setuju dengan tawaran pilihan sama ada untuk melihat Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kekal sebagai Perdana Menteri atau kembalinya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir kembali memimpin negara.
Oleh itu secara prinsip, jelas bahawa kempen ini bukanlah menyebelahi baik BN mahupun HARAPAN. Dalam erti kata lain penyokong kempen ini tidak mahu memberi undi mereka baik kepada BN mahupun HARAPAN.

Muhamad Harris menegaskan kempen #undirosak adalah kempen menggalakkan orang ramai menggunakan hak mereka untuk menyuarakan bantahan kepada pilihan demokrasi yang ada di negara ini melalui saluran yang betul. Bagi Muhamad Harris, merosakkan undi adalah satu hak dalam sistem demokrasi yang dilindungi sistem pilihan raya di negara ini.
Menurut beliau, tindakan merosakkan undi bukanlah satu kesalahan dalam proses pilihanraya. Ia bukan usaha mengajak masyarakat memboikot atau memulaukan PRU yang jelas adalah satu kesalahan.
Beri pengajaran 
“Tindakan ini adalah akibat rasa kecewa terhadap halatuju kepimpinan HARAPAN sendiri. Selama ini HARAPAN berjuang atas dasar politik tanpa kepentingan kaum tetapi segalanya berubah selepas kemasukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang secara terang adalah sebuah parti yang berbentuk perkauman,” ulas beliau.
Mengakui pencalonan Tun Mahathir sebagai perdana penteri sebagai antara punca yang menyebabkan kempen ini akhirnya dilancarkan, Muhamad Harris berkata pendirian HARAPAN yang tidak konsisten dalam beberapa isu sudah lama membuat penyokong HARAPAN mula mempersoal tindakan tampuk kepimpinan gabungan itu.

“Mereka membuat keputusan ‘top to bottom’ sesama mereka sahaja untuk menamakan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri tanpa memikirkan pendapat penyokong ‘hardcore’ yang rata-ratanya datang daripada penyokong gerakan reformasi sejak 1998,” kritik beliau. Muhamad Harris turut menyelar taktik politik populis yang diamalkan HARAPAN serta tindakan kerajaan HARAPAN seperti di Selangor yang melanggar manifesto pilihan raya sendiri.
“Orang besar HARAPAN tidak hormati suara kecil dan kini suara kecil ini bangkit dan menjadi besar hingga menjadi satu kuasa yang mereka takuti,” tegas beliau.
Langkah kebelakang
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :