Akibat Cemburu Gara-Gara Isteri Ada Lelaki Lain Suami Nekad Pukul Isteri Sampai Mati infomalay12.blogspot.com


TAIPING: Akibat cemburu buta seorang lelaki nekad memukul isterinya sehingga mati di sebuah rumah di Matang Road ,Matang pada malam Khamis yang lalu.

Mangsa Noor Waheedah Abd Wahid, 38, telah disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun ( HRPB) kerana truma tumpul di kelapa pada jam 9.30 malam tadi.

Asisten Komisioner Mohamad Taib, Ketua Polis Daerah Taiping, telah menerima laporan dari suspek berusia 40 tahun pada pukul 9.15 pagi semalam, dipercayai suspek telah memukul isterinya sehingga cedera dan pengsan selepas dipukul bertubi-tubi.

"Mangsa dibawa ke Hospital Taiping menggunakan ambulans sebelum mangsa  dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk pemeriksaan lanjut pada hari sama.
"Di katakan kejadian berpunca daripada suspek telah mengesyaki mangsa mempunyai hubungan rapat dengan lelaki lain.
 "Pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami pendarahan di dalam otak sebelum dia di sah kan meninggal dunia jam 9.30 malam tadi,"katanya.
Hasil daripada bedah siasat telah mengesahkan mangsa meninggal dunia kerana kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.
"Suspek ditahan bagi membantu siasatan dan telah di reman tiga hari bermula semalam hingga esok untuk siasatan lanjut.
"Kes akan disambung untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh, yang membawa hukuman gantung sampai mati jika suspek sabit bersalah," katanya.

Subscribe to receive free email updates: