INDIA- Seorang pelajar berusia 25 tahun yang berasal dari Borabanda di Hyderabad, India cuba berswafoto di atas landasan Stesen Keretapi Borabanda telah menjadi viral selepas dia dikatakan di langgar oleh keretapi tersebut ketika leka merakam video tersebut.
Kejadian dikatakan berlaku pada Ahad lepas. Mangsa R. Shiva Kumar dipercayai berdiri terlalu dekat dengan landasan Begumpet – Lingampalli semasa mangsa merakam video tersebut.
Walaupun keretapi MMTS laju menghampirinya, mangsa tidak pun berganjak dari tempat nya berdiri.
“Shiva dilihat sedang merakamkan video sambil menuding ke arah kereta api yang datang dari belakang walaupun dengan jelas amaran diberikan kepadanya.
"Siva sebaliknya mengendahkan amaran tersebut sambil terus merakam dan mengatakan ‘satu minit',”.
Mangsa dipercayai mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala dan mahkamah turut mendakwa Siva dengan denda sebanyak 500 Rupee.
Menangkap gambar atau merakam video di landasan keretapi adalah satu kesalahan di India mereka yang melakukan perkara berkenaan akan didakwa di bawah seksyen 147 Akta Keretapi 1989 ,pesalah boleh di hukum penjara sehingga enam bulan selain menbayar denda 1000 Rupee.
Di bawah seksyen 145 Akta Keretapi, 1989 yang memperuntukan hukuman penjara sehingga enam bulan serta denda sebanyak 500 Rupee jika sabit kesalahan.
Swafoto sememangnya menjadi ikutan orang ramai yang sukakan kelaianan di India.
Menurut laporan pada bulan Oktober 2017, dua kejadian dilanggar keretapi melibatkan tiga orang remaja ketika mereka cuba mengambil gambar di Karnataka. Manakala dua lagi remaja lain terbunuh semasa cuba berswafoto di landasan keretapi di Delhi. Editor: Ila