Ayu Raudhah yang dikenali sebagai seorang pelakon telah menghidapi jangkitan kuman, paru-paru berair dan apendiks pecah serta telah menjalani pembedahan sebanyak dua kali serta ditahan di wad selama 11 hari.
Ayu menerusi Instagramnya berkongsi kos rawatan di pusat perubatan swasta itu mencecah rm50 000.
Ayu menyarankan peminatnya untuk mengambil insurans sebagai langkah berjaga-jaga kerana dia juga mengambil insurans Prudential Takaful BSN.
Kos rawatannya itu ditanggung sepenuhnya oleh Insurans walaupun baru mengambil polisi insurans itu satu tahun dan dia berasa lega kerana tidak perlu keluar duit semasa dia sedang menanggung sakit.
Beliau juga berkongsi rasa terkilan kerana tidak dapat menyusukan bayinya yang berumur 7 bulan Laura Zuleykha kerana baru selesai menjalani pembedahan.
"Syukur Alhamdulillah saya sudah semakin pulih tetapi yang paling sedih sudah tak boleh menyusu badan Laura sebab masih mengambil antibiotik.
"Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, semoga kita semua diberikan kesihatan yang terbaik," tulisnya.
Ayu turut memuat naik beberapa keping fotonya meraikan ulangtahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha. Sumber:Astro Gempak , Editor:Farhana