KUALA LUMPUR 7 Dis. - Dianggap sebagai antara menteri yang paling effektif menyampaikan maklumat melalui media sosial, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid akan terus menggunakan Facebook dan Twitter untuk menyampaikan sebarang maklumat atau keputusan berkaitan dasar pendidikan.
Mahdzir menegaskan, pegawai di Kementerian Pendidikan juga telah disaran untuk menggunakan media sosial untuk menyampaikan maklumat kerana masyarakat terutama warga kerja di kementerian telah berubah dan mahukan sesuatu keputusan dengan segera.
"Saya fikir sekarang orang tidak mahu tunggu perkeliling. Kalau ada satu pekeliling surat itu datang daripada kementerian kemudian pergi ke jabatan seterusnya ke Pejabat Pendidikan Daerah dan akhirnya ke sekolah.
"Sekarang orang tidak tunggu begitu. Kalau ada isu pada pukul 9 pagi sebelum pukul 12 tengah hari kita kena beri tindak balas. Amalan itu saya beritahu pegawai-pegawai di kementerian. Jika kita mengunggu surat pekeliling dari kementerian, dua minggu baru sampai,” jelas Mahdzir dalam segmen Sembang Online di Utusan Online sempena Perhimpunan Agung UMNO 2017 di PWTC.
Mahdzir sebelum ini dipuji oleh warga pendidik kerana menggunakan media sosial untuk mengumumkan sebarang keputusan penting. Antaranya mengecualikan mereka yang bermasalah penglihatan dalam Kursus I-Thing dalam talian serta mengesorkan agar guru tidak perlu ke sekolah semasa cuti.
Media sosial menjadi antara cabaran yang digariskan dalam ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi tadi. Sementara itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap yakin UMNO dan Barisan Nasional akan terus menguasai Kedah dengan kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
"Saya penuh yakin bahawa insyaAllah kita di Kedah juga akan mencapai kemenangan. Kita nampak jentera parti telah bersiap sedia dan ahli masyarakat juga menyokong perjuangan UMNO dan BN.
"Sebab kalau ada parti lain nak ganti tempat UMNO dan BN mereka kena jadi lebih baik dari kita. Hari ini walaupun pelbagai momokan dibuat kononnya nak mengantikan BN tetapi saya nampak bahawa sehingga hari ini rakyat mash lagi bersama dengan UMNO dan BN," tambah beliau.
Sumber- UTUSAN ONLINE

loading...