[Video PPBM Memutuskan Sebarang Rundingan Dengan PAS] MUKTAMAT Bersatu putuskan kerjasama dengan Pas. infomalay12.blogspot.com

Ahad, 31 Disember 2017

Related image
Mesyuarat Agung Tahunan Bersatu hari ini dihadiri kira-kira 1,300 perwakilan dan pemerhati.

Bersatu muktamad putuskan kerjasama dengan Pas

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini secara rasmi mengumumkan keputusan untuk menamatkan rundingan kerjasama dengan Pas.

Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam ucapan pengulungannya pada Mesyuarat Agung Pertama parti itu lewat petang ini berkata, keputusan itu diambil kerana gagal mencapai kata sepakat disebabkan parti itu menolak bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Rundingan Kerusi saya berpeluang berunding dengan pelbagai pihak termasuk Pas.

‘Pemimpin tinggi Pas kebelakangan ini mesra Umno. Mereka menyatakan nak tanding 100 kerusi Parlimen dan berpuas hati jika menang 40 kerusi Parlimen tidak mampu tubuh kerajaan hanya nak jadi kuasa penentu apabila keputusan belah bagi antara Pakatan Harapan dan BN.
“Ini menunjukkan kepimpinan Pas tidak berprinsip. Tidak ada kekuatan untuk tolak kleptokrasi.
“Isu tanah Felda Pas kata untuk selesaikannya amat mudah tidak perlu tubuhkan RCI (Suruhanjaya Siasatan Diraja), maka dengan itu PPBM buat keputusan untuk putus rundingan dengan Pas.
“Malah kita sanggup berhadapan tiga penjuru dengan Pas.
“Kita yakin usaha gigih kita tarik sokongan rakyat untuk menang majoriti undi perlu memihak pada PH, setiap satu undi itu berharga buat Pakatan Harapan,” ujarnya.
Mukhriz juga berkata sehingga kini bagi rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan masih lagi berlangsung.
MD.



Subscribe to receive free email updates: