[Video PELIK Berbangga Dengan Hutang RM800 juta! Pemuda Umno MENGAKU PRU 14 adalah Pilihan Raya Paling Kritikal kepada BN] Ranking p'raya: Malaysia dikelaskan 'sangat rendah/gagal'. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 1 Disember 2017

Pengguna Meroyan, Harga Ikan Kembung Naik Cecah RM20 Sekilogram
Image result for Gambar Ikan kembung RM20
Harga ikan Kembung dijangka terus meningkat sehingga RM25 sekilogram ...

Ranking p'raya: Malaysia dikelaskan 'sangat rendah/gagal'


Satu projek kajian integriti pilihan raya daripada Mei lalu mendedahkan Malaysia berada di kedudukan 142 daripada 158 negara yang dinilai.
Kedudukan Malaysia hanya satu anak tangga di atas Zimbabwe.

Menurut data itu, Malaysia dikelaskan dalam kategori “sangat rendah/gagal”, iaitu kaegori terendah dalam lima pengelasan.

“Hampir kesemua negara dalam ketegori ini mengalami ketidakstabilan politik dan sosial yang teruk, seperti Afghanistan dan Zimbabwe, atau mempunyai sistem satu parti, seperti Vietnam, yang menghalang persaingan sihat pilihan raya.

“Tidak satu pun perkara ini benar untuk Malaysia, menjadikan ia jelas terasing dari kategori ini,” kata pengkaji sains politik Kai Ostwald dalam kertas akademik bertajuk Malaysia's Electoral Process: The Methods and Costs of Perpetuating Umno Rule.
Kertas itu adalah sebahagian daripada siri “Trend di Asia Tenggara”. Beliau menggunakan kedudukan data Tanggapan Global terhadap Integriti Pilihan Raya (PEI) yang dikeluarkan oleh Projek Integiri Pilihan Raya (EIP).
Zimbabwe yang diletakkan di kedudukan 143 oleh PEI baru-baru ini menyaksikan kudeta tentera yang membawa kepada pengunduran Robert Mugabe setelah menjadi presiden hampir empat dekad.

malaysiakini.

Subscribe to receive free email updates: