[Video Jika Najib UMNO Tubuh RCI Siasat FOREX, Kenapa Tak Buat RCI 1MDB] Penganalisis: Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang. infomalay12.blogspot.com

Sabtu, 2 November 2017

Penganalisis: Penemuan RCI tidak akan jejas PH, pemimpin pembangkang


Mereka kata orang ramai menganggap Suruhanjaya Siasatan Diraja itu langkah politik untuk memburukkan nama baik Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim.

Mohamad-Hisomuddin-Bakar_bnm_forex_600
PETALING JAYA: Penganalisis politik berkata penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja tentang kerugian urus niaga mata wang asing tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan dan pemimpin gabungan itu.
Mereka berkata orang ramai menganggap RCI itu, yang ditubuhkan pada Julai untuk menyiasat kerugian yang dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1990-an, langkah politik untuk memburukkan nama baik bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengarah Eksekutif Ilham Centre Mohamad Hisomuddin Bakar berkata prosiding RCI itu dijalankan 20 tahun selepas Malaysia mengalami kerugian urus niaga forex dan dengan jelas bertujuan untuk menunjukkan kelemahan pentadbiran Dr Mahathir.
Dr Mahathir adalah pengerusi Pakatan Harapan manakala Anwar ketua umum gabungan itu.
“Ia tidak akan menjejaskan pengundi muda.
“Generasi kita sekarang tidak faham isu ‘dinosaur’ ini kerana ia tidak cukup menarik untuk tarik perhatian rakyat,” katanya.
Penemuan RCI dibentangkan di Parlimen hari ini. Laporan itu menyimpulkan Dr Mahathir merelakan tindakan menteri kewangan ketika itu “menyembunyikan fakta dengan sengaja”.
“Terdapat elemen menyembunyikan fakta dengan sengaja memandangkan Laporan Tahunan BNM tidak menunjukkan kerugian sebenar yang dialami akibat urus niaga forex dari 1992 hingga 1994,” menurut laporan itu.
Laporan itu berkata tiada tindakan selanjutnya diambil oleh menteri kewangan dan ketua setiausaha Perbendaharaan ketika itu walaupun dimaklumkan tentang kerugian RM31.5 bilion dalam tempoh 3 tahun itu.
Laporan itu mengatakan Anwar, yang merupakan menteri kewangan pada awal 1990-an, tidak memaklumkan Kabinet mengenai kerugian itu.
Hisomuddin berkata laporan RCI itu mungkin akan beri peluang kepada pembangkang untuk menunjukkan kepada rakyat “dwi-standard” pengendalian skandal yang didakwa dilakukan kerajaan.
“Kita tidak nampak mereka tubuhkan inkuiri siasat isu Felda dan Mara,” katanya.
Sementara itu, Prof Jeniri Amri dari Universiti Malaysia Sarawak berkata Dr Mahathir dan Anwar barangkali akan membalas penemuan itu dan menunjukkan RCI sebagai strategi Barisan Nasional untuk memburukkan PH sebelum pilihan raya umum.
“Apabila panel ditubuhkan, orang ramai merasakan ia ada motif terselindung,” katanya.
Jeniri berkata isu kewangan seperti kerugian forex tidak akan memberi kesan pada pengundi luar bandar, kerana mereka tidak berminat dengan isu itu.
“Mereka peduli isu sara hidup,” katanya.
FMT.

Subscribe to receive free email updates: