Video: Gara-Gara Dapat Like Banyak Di Facebook, Suami Pukul Isteri. infomalay12.blogspot.com


Seorang suami durjana, yang dikenali sebagai Pedro Heriberto Galeano bertindak memukul isterinya, Adolfina Camelli Ortigoza setiap kali wanita itu mendapat 'like' dalam Facebook. Pedro dikatakan sangat cemburu hingga sanggup memukul dan mebelasah isterinya.
Perbuatan durjana tersebut telah menyebabkan isterinya terpaksa menjalani pembedahan untuk membentuk semula wajahnya.

Difahamkan, wanita itu juga dikurung dalam rumah di Uruguay tanpa kerelaannya serta sering dipukul oleh suaminya itu.

Namun apabila polis akhirnya menghidu perbuatan lelaki terbabit, Adolfina sudahpun didera hingga teruk terutama di bahagian muka.
Bagaimanapun semalam peguam wanita itu memaklumkan bahawa Pedro akan bertindak ganas apabila melihat sesiapa sahaja 'like' pada gambar yang dimuat naik dalam Facebook oleh isterinya.
Malah dia akan mengambil alih Facebook isterinya itu jika ada rakan-rakannya yang memberi komen dalam Facebook Adolfina.

Rakan-rakan Adolffina juga dikatakan tidak mengetahui apa yang sedang berlaku kepada wanita terbabit.
Lelaki itu telah mengawal semua akaun media sosial isterinya. "Mulutnya pecah, dia mengalami 'kerosakan' yang teruk disebabkan pukulan itu.

Kata peguam Adolfina, "hanya gigi Adolfina tidak patah kerana lelaki itu akan memasukkan kain ke dalam mulut isterinya supaya dia tidak boleh menjerit ketika dibelasah."
Bapa mertua Adolfina bertindak melaporkan kepada pihak polis mengenai keganasan yang dilakukan oleh anaknya terhadap menantunya itu.

Beliau bimbang Adolfina akan meninggal dunia selepas dia melihat wanita itu dipukul oleh anaknya.

Penderitaan Adolfina sekaligus berakhir apabila Pedro dikatakan telah ditangkap. Sumber: Mynewshub.cc. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: