'Self Proclaimed Top Dog' Pakatan Harapan dan Pengerusi PPBM hari ini secara rasmi boleh digelar 'Bapa U-Turn'. Kenyataan yang dibuat beliau dua tahun dahulu tidak boleh pakai lagi.
Hari ini, di dalam Ucapan Pembukaan Mesyuarat Agung PPBM yang pertama, beliau meminta maaf di atas kesilapan yang beliau lakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. 2 tahun lepas beliau berkata beliau tidak pernah melakukan kesilapan sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.
Tun Dr Mahathir Mohamad, Bapa U-Turn segala U-Turn. Beliau sebelum ini pernah u-turn mengenai Lim Kit Siang, DAP, Anwar Ibrahim, kes sodomi, GST, BR1M, pelaburan asing dan subsidi. Hari ini beliau u-turn lagi. Boleh percayakah orang ini? Baca kenyataan beliau di bawah.