Tindakan Trump boleh akibatkan lebih banyak keganasan infomalay12.blogspot.com

Bekas perdana menteri berkata tindakan Trump akan mengapi-apikan ketegangan di Timur Tengah dan boleh menjejaskan proses damai Israel-Palestin.
mahathir-trumpKuala Lumpur: Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel kerana ia akan mengundang lebih banyak keganasan.
Beliau yang terkenal dengan kritikan tajam terhadap negara Barat mendakwa rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat ke kota suci Islam, Kristian dan Yahudi itu sebenarnya dirancang sejak pentadbiran Presiden George H.W Bush I (1989-1993) dan Bill Clinton (1993-2001).
“Tetapi mereka sedar dunia akan membantah tindakan mereka dan mereka tahu proses pendamaian tidak akan berjalan jika tindakan ini diambil,” katanya di Facebook hari ini.
Proses perdamaian Israel dan Palestin secara serius berlarutan sejak 1993 melalui Perjanjian Oslo. Dalam tinjauan 2007 dan 2014, majoriti responden warga Palestin dan Israel menyokong penubuhan sebuah negara Palestin berdaulat di samping Israel dan Baitulmaqdis dibahagikan kepada Barat (Israel) dan Timur (Palestin).
Pemerhati meramalkan penyelesaian itu kini hampir mustahil dicapai jika Trump meneruskan rancangan itu.
“Tindakan ini akan membakar hati umat Islam dan hasilnya, lebih banyak keganasan akan berlaku di serata dunia,” kata Dr Mahathir, membidas Trump kerana mengapi-apikan keadaan yang sudah tegang di rantau itu.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :