RCI, YANG BERTANGGUNGJAWAB WAJIB DITANGKAP infomalay12.blogspot.com

 SAPA BUAT LALAI SETELAH DISERAHKAN TANGGUNGJAWAB MAKA MEREKA WAJIB PIKUL, JANGAN NAK LARI, TU HARTA  RAKYAT.

INI BUKAN MASALAH POLITIK, TAPI MASALAH TANGGUNGJAWAB DAN LALAI.

LEPAS NI RCI BALING PULAK ! TAK KIRA LA SAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB, JANJI RCI

-Pak Karamu-

 

RCI: JSJK jalankan siasatan, kata Ahmad Zahid

AddThis Sharing Buttons

RCI: JSJK jalankan siasatan, kata Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditemubual pemberita selepas melancarkan Karnival Planet UMMAH (KPU) di Masjid Putra hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks) 
 
PUTRAJAYA - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) akan menjalankan  siasatan berhubung kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar 1990-an.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, satu laporan polis telah dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam berdasarkan syor dan rumusan RCI kemungkinan berlaku pecah amanah dan penipuan dalam kes berkenaan.

“RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM biarpun tiada kuasa perundangan tetapi dapatan kajian mengesyorkan agar siasatan mengikut perundangan harus dilakukan.

“Mereka (RCI) cadang beberapa personaliti yang dilaporkan di RCI supaya dilakukan siasatan mengikut undang-undang kanun jenayah atau undang-undang berkaitannya,” katanya pada satu media selepas merasmikan Karnival Planet Ummah Masjid Utama 2017 di Dataran Putra, di sini hari ini.

Ditanya sama ada ketiga-tiga individu yang dinamakan dalam laporan tersebut akan dipanggil untuk memberi keterangan, beliau berkata : “Sebagaimana dinyatakan Ketua Polis Negara”.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, satu pasukan khas yang diketuai Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh ditubuhkan semalam untuk menyiasat kes tersebut dari semua sudut.

Fuzi dilaporkan berkata, individu berkenaan akan dipanggil sekiranya perlu.

RCI, yang diketuai bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan membentangkan laporan 524 muka surat itu di Parlimen semalam.

Dalam laporon itu, RCI percaya bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamd merelakan tindakan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mengakibatkan bank pusat mengalami kerugian berjumlah RM31.5 bilion antara tahun 1992 hingga 1994.

Suruhanjaya itu juga berpandangan Menteri Kewangan ketika itu sengaja menyembunyikan fakta dan maklumat serta membuat kenyataan mengelirukan kepada Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

Susulan itu, Setiausaha RCI mengenai Kerugian Urus Niaga Mata Wang Asing BNM pada 1990-an, Datuk Dr Yusof Ismail membuat laporan polis berdasarkan syor dan rumusan RCI di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, semalam. - Bernama

Subscribe to receive free email updates: