Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Razak menyambut baik persiapan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14. Menurut Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai, DS Najib Tun Razak berpuas hati dan gembira dengan kadar kerja parti sejak dua tahun lalu. DS Liow berkata demikian kepada pemberita selepas pertemuan tertutup dengan DS Najib Tun Razak di Wisma MCA. Beliau dipetik berkata,
Kami lebih teratur dan fokus pada asas kami. Tetapi masih ada ruang untuk penambahbaikan dalam semua aspek, Jika calon yang berpotensi tidak bersedia sepenuhnya, kami mungkin akan melakukan perubahan. Saya telah membuat beberapa pengumuman yang melibatkan lima hingga enam calon. Perdana Menteri telah menerima mereka. Persiapan di kerusi ini akan dilakukan secara berterusan.
DS Liow, yang merupakan Menteri Pengangkutan, berkata beliau telah menyerahkan senarai calon parti untuk bertanding di 40 parlimen dan 90 kerusi negeri. Mengenai pertukaran kerusi di kalangan parti komponen Barisan Nasional, Liow berkata ia bergantung kepada terma dan syarat tertentu. Beliau berkata ia perlu dilakukan dengan semangat yang ada dalam Barisan Nasional.
Amat jarang bagi Perdana Menteri melawat Ibu Pejabat MCA selain daripada pembukaan Perhimpunan Agung Tahunan Parti. Namun lawatan kali ini amat penting dan bemakna kerana Pengerusi Barisan Nasional ingin bertemu dengan pemimpin MCA, yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Pusat, Belia dan Wanita, bagi membincangkan persiapan parti untuk PRU14. menurut Setiausaha Agung MCA, DS Ong Ka Chuan, kehadiran DS Najib Tun Razak adalah untuk memastikan parti itu bersedia untuk pilihan raya.