Ia khusus melibatkan beliau sebagai perdana menteri yang akan membawa negara kepada masa depan lebih gemilang dengan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad daripada Pakatan Harapan (PH), yang akan mengheret negara kembali ke era masa lalu dengan kronisme dan penindasan.
Inilah mesej yang ingin presiden Umno sampaikan kepada 5,000 pemimpin akar umbi pada perhimpunan agung mereka yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Masalah dengan naratif ini, kata para penganalisis adalah ia mengaburi fakta yang pentadbiran Najib menerapkan dasar-dasar masa lampau yang dicercanya.
Ia juga mengalihkan perhatian daripada rekod pentadbirannya yang hambar dalam menangani masalah masa kini, seperti kos sara hidup yang tinggi, pendapatan tidak stabil dan pengangguran di kalangan belia, kata Hisommudin Bakar daripada Ilham Centre.
Pada masa sama, beliau mahu orang awam mengabaikan hakikat yang walaupun Dr Mahathir adalah pemimpin lama, gabungan Pakatan Harapan (PH) mempunyai idea baru.
"Ada sesuatu yang lama dan kronik dalam projek-projek Najib yang baru, iaitu rasuah," kata Dr Wong Chin Huat daripada Penang Institute.
Nampaknya apa yang hilang daripada perhimpunan dan ucapan para pemimpin Umno kali ini adalah mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mara dan Felda, yang semuanya berlaku di bawah pemerhatian Najib, kata Hisommudin.
Sebaliknya, walaupun Dr Mahathir sudah berusia, beliau terpaksa menerima idea baru dalam agenda reformasi PH yang dirancang bagi menghapuskan sistem autoritarianisme dan politik kaum yang selama ini wujud dalam pentadbiran Najib, kata Wong.
Ini termasuk had dua penggal bagi jawatan perdana menteri, menjadikan agensi penguatkuasaan undang-undang bebas daripada Kabinet dan mengembalikan semula pemisahan kuasa antara eksekutif, perundangan dan kehakiman.
Perbandingan legasi
Dr Mahathir sangat kritis untuk memenangi undi Melayu dalam PRU14. Beliau masih dilihat sebagai tokoh yang berpengaruh di kalangan masyarakat luar bandar, lebih tua dan kelas pekerja yang mengingati beliau kerana mengubah negara menjadi pusat kuasa industri serantau.
Najib cuba mencabar imej itu dengan mengatakan walaupun pendahulunya itu membina mercu tanda, seperti Menara Berkembar Petronas, simbol tersebut tidak bermakna.
"Menara kembar memang besar tetapi ia dibina oleh kepakaran asing. Tiada pemindahan ilmu," kata Najib dalam ucapan terakhirnya di perhimpunan semalam.
Sebaliknya, 48% projek Najib, MRT Lembah Klang, dibina oleh firma Bumiputera tempatan, katanya.
"Pihak satu lagi (PH) tidak mempunyai agenda ekonomi Bumiputera," kata Najib, yang inisiatif Dr Mahathir mempunyai unsur kronisme.
Tetapi rekod Najib sendiri juga tidak konsisten, kata Hisommudin, merujuk kepada skandal 1MBD. Firma pelaburan kerajaan, yang merupakan gagasan Najib, kini menjadi tumpuan siasatan enam negara terhadap dakwaan pengubahan wang haram dan penipuan.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa AS$4.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB untuk membeli hartanah dan kerja seni mewah di AS. Kira-kira AS$1.75 bilion aset tersebut dibekukan oleh pihak berkuasa AS.
Kira-kira AS$731 juta didakwa disalur dan berpindahkan ke akaun peribadi seorang pegawai Malaysia No. 1 (MO1).
Dalam temu bual dengan BBC, Menteri Rahman Dahlan berkata MO1 adalah Najib yang mengatakan ia adalah sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi.
Perdana menteri menafikan terdapat sebarang salah laku manakala Peguam Negara Mohamed Apandi Ali membersihkannya.
Pada permulaan perhimpunan Umno minggu ini, DoJ mengulangi dakwaan tersebut, mengatakan 1MDB adalah kleptokrasi sebagai "paling parah".
Bagaimanapun, ahli dan para pemimpin Umno menyangkal tuduhan tersebut.
Tumpuan Najib terhadap pencapaian besarnya juga mengaburi fakta yang naratif beliau tidak mempunyai penyelesaian bagi masalah kos sara hidup yang melanda kebanyakan rakyat Malaysia, kata Hisommudin.
Read More / Baca Lagi >>