Baru-baru ini tular di laman media sosial mengenai seorang pegguna Twitter dipercayai telah membuat satu teguran sinis kepada seorang lagi pengguna Twitter, yang dikenali sebagai Amalina Bakri sehingga dia terpaksa menyahaktifkan akaun Twitter miliknya.
Nur Amalina Che Bakri atau dikenali dengan nama Amalina yang merupakan pelajar cemerlang
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004 dan kini dia telah bertugas sebagai doktor pakar bedah di London.
Difahamkan, pengguna Twitter yang dipercayai seorang lelaki, dikatakan pada mulanya membuat teguran berbaur sinis terhadap penampilan Amalina yang kini berbeza berbanding ketika dia menetap di Malaysia dahulu.
Komen lelaki tersebut, "rugi belajar jauh-jauh tapi jadi macam ni."
Tetapi sebagai wanita yang berpendidikan, Amalina telah membidas komen lelaki sebut dengan kata-kata yang lebih pedas.
"Rugi ke? Saya melakukan dua pembedahan hari ini, seorang hampir mati dan seorang lagi hampir kehilangan kaki.
"Apa yang anda lakukan hari ini? Tonton video lucah?" tanya Amalina dengan nada sinis.
Disebabkan jawapan itu, lelaki itu kemudiannya bertindak menyahaktifkan akaunnya.
Rata-rata netizen menyokong jawapan Amalina itu dan menyifatkan teguran lelaki tersebut sebagai tidak bertempat.
Jelas mereka lagi, menegur ada caranya, apatah lagi jika orang yang ingin ditegur itu bukan-calang.
Tulis seorang pengguna Twitter, "menegur, menghina dan menyindir, adalah tiga perkara yang berbeza." Sumber: Astro Awani. Editor: Atila Atasha