MB Perlis: Rakyat disaran berkebun untuk kurangkan belanja harian.... infomalay12.blogspot.com

Beliau berkata cili, sawi, kubis, kangkung, serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.
azlan-man
KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menyarankan rakyat berkebun dan menanam sayur di kawasan rumah untuk mengurangkan perbelanjaan harian.
Beliau berkata cili, sawi, kubis, kangkung, serai merupakan antara tanaman komersial yang hasilnya boleh dituai dalam jangka masa pendek dan mudah diuruskan.
“Perkara ini (berkebun) belum menjadi kebiasaan dalam kalangan rakyat di negeri ini walaupun kerajaan sering cakap mengenai pentingnya pertanian.
“Jika rakyat mula bercucuk tanam dan peroleh hasil, secara tak langsung dapat kurangkan perbelanjaan harian, selain itu boleh jual secara kecil-kecilan dan tambah pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Pertanian Bandar hari ini.
Katanya, rakyat juga harus ambil iktibar serta mencontohi penduduk negara jiran yang banyak mengusahakan bidang pertanian secara moden dan mampu menghasilkan produk berkualiti tinggi.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :