Manipulasi p'raya halang pertumbuhan M'sia, kata penganalisis infomalay12.blogspot.com


Manipulasi pilihan raya di Malaysia akan menghalang pertumbuhan negara dalam jangka panjang, kata seorang penganalisis sains politik.
Kai Ostwald berkata ini disebabkan oleh kos langsung dan tidak langsung yang disebabkan oleh manipulasi pilihan raya di negara ini.
Kos langsung termasuk peruntukan belanjawan yang tidak mencukupi dan beban fiskal yang terhasil, sementara kos tidak langsung adalah kekecewaan terhadap sistem politik di kalangan pengundi.
"Akhirnya, kos ini menghalang usaha Malaysia untuk mencapai tahap pembangunan yang lebih tinggi," kata Ostwald dalam kertas akademiknya yang bertajuk "Malaysia's Electoral Process: The Methods and Costs of Perpetuating Umno Rule" yang diterbitkan bulan lalu.
Beliau berkata pembangunan pesat Malaysia dan pembangkang yang kurang berwibawa dalam beberapa dekad pertama selepas kemerdekaan membolehkan BN mendapatkan legitimasi dan sokongan kuat daripada segmen pengundi.Bagaimanapun, beliau berkata model ini sukar untuk bertahan dalam jangka panjang.
Memandangkan Malaysia semakin maju, beliau berkata keluk pertumbuhan akan meruncing dan langkah-langkah penting sebelum ini dalam pertumbuhan akan menjadi lebih sederhana.
Pembangkang hari ini juga menjadi alternatif yang lebih dipercayai kepada Umno bagi sebahagian pengundi, katanya.
"Ketahanan BN walaupun perubahan-perubahan fundamental ini menimbulkan tumpuan besar sejauh mana manipulasi proses pilihan raya Malaysia mengukuhkan dominasi BN.
"Seperti yang dikatakan oleh badan penyelidikan mengenai penyelewengan pilihan raya, manipulasi sedemikian boleh menyebabkan kos sosial, politik dan ekonomi yang besar," katanya.

Subscribe to receive free email updates: