Katanya ini kerana beliau tidak mahu timbul sebarang salah faham dan salah anggapan mengenai isu tersebut.
"Kalau nak cari gaduh, bolehlah, tapi kita tidak hendak cari gaduh," katanya kepada pemberita di Port Dickson, hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian beg sekolah kepada 49 orang murid dalam program 'Kembali ke Sekolah' anjuran Yayasan Pelajaran Mara dengan kerjasama Pemuda Umno Bahagian Telok Kemang di Sekolah Kebangsaan Intan Perdana di Port Dickson, hari ini.
Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil beliau untuk memberi keterangan pada minggu depan berhubung isu tersebut, Mohd Isa berkata beliau tidak mengetahui perkara itu.
"Saya tak tahu...setakat ini saya belum dipanggil polis. Kalau dipanggil saya sedia beri kerjasama. Kalau polis panggil, saya akan maklumkan kepada media....orang pertama yang akan saya beritahu ialah media," katanya.