Raja pecut yang pernah mencatatkan larian dalam acara pecut 100m lelaki di Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam masa 10.38 saat sehingga melayakannya mendapat pingat emas meluahkan rasa kecewa kerana pelbagai persediaan telah dilakukan dan dia berpendapat pelari pecut sepertinya perlu beraksi untuk larian 60 meter.
Presiden KOM, Datuk Karim Ibrahim telah mengumumkan pelari lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail yang akan menyertai kejohanan Olahraga Dunia Dalam Dewan 2018 akan datang.
Nama Khairul Hafiz tidak tersenarai berikutan keputusan telah dibuat ekoran jurulatih Khairul Hafiz tidak memberikan kata putus sehingga tarikh tutup pendaftaran 1 Disember lalu.
Mohd Poad Md Kassim selaku jurulatih Khairul Hafiz memberitahu anak didiknya itu tidak disenaraikan ke Birmingham kerana akan menyertai Kejohanan Pra Sukan Asia 2018 di Indonesia, Februari depan.
Namun Khairul Hafiz Jantan percaya bukan rezekinya kali ini untuk beraksi di Birmingham dan tidak akan berputus asa kerana hal ini.
Menurut Karim lagi penyertaan Muhammad Hakimi melalui tiket ‘wildcard’ akan terbatal sekiranya terdapat atlet Malaysia yang layak secara merit ke kejohanan itu sebelum tarikh tutup 19 Februari ini.
Sumber: Harian Metro Editor: Nsuhaili