(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bersatu akan memastikan kebebasan bersuara di negara ini dikembalikan sekiranya mereka memegang tampuk kuasa pada PRU akan datang.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan menangkap dan menahan mereka yang berucap atau menyuarakan pandangan di media sosial demi kepentingan politik pihak pemerintah akan dihentikan sebaik sahaja Bersatu berjaya mengambil alih kerajaan nanti.
"Kebebasan bersuara oleh individu dan media akan dikembalikan.
Polis tidak lagi akan menyuruh orang tertentu dari parti kerajaan membuat laporan polis terhadap ucapan rakyat, pemimpin mereka atau media sosial supaya sesuatu yang tidak melanggar undang-undang dijadikan jenayah untuk polis menyiasat.
"Ugutan akan disiasat oleh polis sudah dijadikan alat pemerintahan ketika ini untuk melindung jenayahnya. Kita sedih kerana polis juga tidak patuh undang-undang dan aturan peraturan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Bersatu, di sini, hari ini.
Mahathir berkata, pihaknya juga akan melakukan pengasingan kuasa antara pembuat undang-undang, pelaksana dan penghakiman bagi mengelakkan penguasaan Perdana Menteri terhadap ketiga-tiga institusi itu.
Beliau bagaimanapun mengakui Bersatu tidak mungkin dapat menandingi BN sekiranya bergerak bersendirian.
"Untuk menang kita perlu bergabung dengan parti yang berhaluan sama dengan kita, sekarang kita sudah tubuh Pakatan Harapan (Harapan) melalui gabungan empat parti sehaluan.
"Kita perlu ketepikan kepentingan diri dalam parti kita, kita juga sebagai ahli dalam gabungan perlu perpaduan dengan parti lain dalam gabungan dan sokong calon parti rakan dalam pilihan raya," katanya.
Beliau turut mengingatkan rakan Harapan untuk menerima secara terbuka jika tidak dapat bertanding kerusi yang mereka mahukan.
"Tiap satu parti dalam Harapan akan diberi sebilangan dari kawasan pilihan raya. Sudah tentu kita tidak akan dapat semua kawasan di mana bahagian kita ditubuhkan di Semen