Gadis 13 Tahun Fobia, 4 Remaja Lelaki Dipenjara 10 Tahun. infomalay12.blogspot.com


KUALA LUMPUR - Empat remaja berusia 16 dan 17 tahun ditambah hukuman penjara daripada lima hari kepada masing-masing lima tahun dan 10 tahun oleh Makhamah Tinggi di atas kesalahan merogol berkumpulan terhadap seorang gadis berusia 13 tahun, tahun lepas.

Seorang daripada empat remaja dihukum penjara selama lima tahun kerana melakukan seks luar tabii terhadap mangsa manakala yang lain dihukum penjara 10 tahun.

Keputusan itu oleh Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohamad Shariff Abu Samah selepas membenarkan rayuan pendakwaan yang tidak berpuas hati terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Makhamah Majistret Kanak-Kanak terhadap empat remaja lelaki itu pada 20 Mac 2017.

Hukuman pemenjaraan itu diperintahkan oleh makhamah itu berkuat kuasa pada Khamis dan mereka dihantar ke Penjara Kajang.

Kesemua remaja lelaki itu yang berada di dalam kandang tertuduh dan ahli keluarga mereka yang berada di tempat duduk awam kelihatan menangis sebaik sahaja hukuman dijatuhkan.

Semua pengakuan salah yang dibuat oleh remaja itu sebelum ini adalah pengakuan tanpa syarat dan sah di sisi undang-undang, kata Mohamad Shariff.

Hakim menyifatkan perbuatan remaja tersebut sangat memalukan dan jijik sehingga menimbulkan kesan trauma dan fobia kepada mangsa sepanjang hidupnya.

Katanya, "makhamah bersimpati kepada kamu kerana kamu masih muda namun dalam kes ini makhamah perlu mengambil kira faktor kepentingan awam dan makhamah lebih bersimpati kepada mangsa. Masyarakat juga turut mengutuk tindakan yang di lakukan oleh kamu, saya harap kamu semua bertaubat."

Terdahulu, pada 20 Mac 2017, Makhamah Majistret Kanak-Kanak menjatuhkan hukuman penjara lima hari terhadap keempat-empat remaja itu selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Mereka didakwa bersama-sama merogol secara berkumpulan terhadap gadis yang berusia 13 tahun sembilan bulan di kawasan semak di Jalan Prima Pelangi 5, Sentul pada jam 4 pagi pada 7 Disember 2016. Sumber: BERNAMA. Editor: Atila Atasha

Subscribe to receive free email updates: