Zaman Kleptokrasi: Pekerja Giant buntu fikir masa depan selepas penutupan infomalay12.blogspot.com

Beberapa pekerja Giant mendakwa mereka hanya dimaklumkan seminggu sebelum penutupan itu dan kini bimbang dengan masa depan masing-masing.
giant-staff Seorang pekerja di sebuah daripada 5 pasaraya Giant yang bakal menamatkan operasinya mulai 5 November ini, mendakwa kakitangan hanya menerima notis seminggu menjelang penutupan itu.
Pekerja itu yang enggan dinamakan berkata, masa depan semua kakitangan di 5 pasaraya Giant itu kini tidak menentu.
“Kami diberi 2 pilihan sama ada menerima pampasan atau bekerja di cawangan lain yang masih beroperasi. Tetapi, semuanya bergantung kepada kekosongan.
“Cawangan akan ditutup pada 5 November, tetapi kami masih bekerja sehingga stok dikeluarkan yang mungkin mengambil masa sebulan,” katanya kepada FMT, sambil menambah beliau masih memikirkan masa depannya selepas cawangan di Shah Alam City Centre (SACC) Mall itu ditutup.
Sementara itu, seorang pekerja sambilan, Mariam juga mendakwa beliau hanya dimaklumkan tentang penutupan itu minggu lepas.
Katanya, pilihan mendapat pampasan atau berpindah ke cawangan lain hanya ditawarkan kepada pekerja tetap.
Mariam yang baru 7 bulan bekerja di cawangan itu sedih dengan penutupan itu dan masih mempertimbangkan pilihannya.
Katanya, kebanyakan pelanggan di cawangan Giant SACC Mall adalah pekerja pejabat di kawasan sekitar dan secara tidak langsung mengaitkan kepada kemungkinan kurang pelanggan atau perniagaan kurang baik.
Bagaimanapun, ia bercanggah dengan apa yang dimaklumkan syarikat itu kepada kebanyakan pekerja yang ditemubual FMT.
“Kami diberitahu cawangan itu bakal ditutup kerana sewanya hampir tamat,” kata seorang pekerja kepada FMT.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: