Kalau terjadi pun apa yang dicipta sebagai “tsunami Melayu”, ia hanya terjadi dalam parti politik terbabit sahaja, bukan rakyat terbanyak.
Bagaimanapun, dakyah propaganda sebegini bagus untuk menyedapkan pemimpin pembangkang, khususnya penyokong Dr Mahathir Mohamad.
Pernah saya sebut sebelum ini bahawa projek ECRL dan MRT yang melibatkan beberapa GLC Malaysia adalah "Malay Belt" atau jalur pengundi Melayu profesional.
Apabila Pakatan Harapan (PH) sebagaimana dalam Bajet Alternatif 2018 secara terbuka menyatakan sikap dingin pada hubungan bilateral negara dan Republik Rakyat China, sekali gus seakan “meletak pasir dalam periuk nasi” Melayu profesional.
Bagaimana “tsunami Melayu” mampu terjadi, jika Melayu profesional seperti jurutera, jurubina, jurureka, juruteknik, operator, perunding profesional, perunding guaman, pembekal, peniaga dan buruh am yang terlibat dalam projek infrastruktur awam negara mulai melihat PH seakan “meletak pasir dalam periuk nasi” mereka?
Sikap politik ekonomi PH seakan menjarakkan lagi Melayu dari fraksi pembangkang, atau dengan erti kata lain adalah mereka akan kembali menyokong rejim kleptokrasi.
Sohor kini (trending) mengundi profesional Melayu lepasan sekolah saya sempena PRU14 nanti begini, terus menyokong pembangkang di kerusi DUN Pulau Pinang, dan mula berkira-kira kembali mengundi BN di peringkat kerusi Parlimen demi survival ekonomi Melayu.
Bayangkan.