Tol dijangka naik lagi jika BN menang pada PRU14. infomalay12.blogspot.com

Kerajaan BN dijangka membenarkan sekurang-kurangnya satu pusingan kenaikan tol jika menang dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli parlimen DAP, Ong Kian Ming.
Anggota Parlimen Serdang itu menegaskan beberapa lebuh raya menangguhkan kenaikan tol dan ini termasuk milik konsesi tol Plus Malaysia Bhd dan Shah Alam Expressway (Kesas).
"Beberapa tol tidak menerima kenaikan tol mereka seperti perjanjian konsesi masing-masing, termasuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
"Pada masa ini, kerajaan terpaksa membayar pampasan kepada pemegang konsesi tol ini untuk menangguhkan kenaikan tol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Beliau merujuk janji yang dibuat oleh BN dalam manifestonya pada pilihan raya umum untuk mengurangkan jumlah tol antara bandar secara beransur-ansur.

Ong berkata jumlah tol paling banyak ditemui di Lembah Klang dengan dijangkakan kadar tol di lebuh raya utama antara bandar seperti Maju Expressway (Mex), Lebuhraya Dispersal Link Kajang (Silk) dan LDP, antaranya akan dikurangkan.
"Tetapi dua setengah tahun selepas pilihan raya umum ke-13, kerajaan BN gagal menyampaikan janji manifestonya apabila membenarkan kenaikan tol antara RM0.20 hingga RM2.30 bagi lapan belas lebuh raya bertol," katanya.Memandangkan kerajaan menghadapi tekanan kewangan, Ong percaya tidak mungkin ia akan terus membayar pampasan tol. Oleh itu, kenaikan tol mungkin berlaku, katanya.

Beliau memberikan contoh sepatutnya kenaikan harga lima peratus bagi semua tol di bawah Plus tahun lepas tetapi tidak dilaksanakan.
Ong berkata, Plus dibenarkan meningkatkan kadar tol sebanyak lima peratus setiap tiga tahun.
"Sekiranya kenaikan tol yang sepatutnya berlaku pada 2016 disekalikan dengan kenaikan tol yang dijangka pada 2019, semua harga tol di bawah Plus akan meningkat sebanyak 10 peratus," katanya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :