SPRM perlu diberi kuasa siasat kesalahan pilihan raya infomalay12.blogspot.com

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu diberi kuasa menyiasat kesalahan-kesalahan pilihan raya, termasuk kesalahan melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam penentuan sempadan dan memanipulasi sempadan kawasan, kata laporan yang dikeluarkan badan pemantau anti rasuah, C4 hari ini.
Menurut C4, rasuah di dalam pilihan raya Malaysia sudah berleluasa dan pihak berkuasa mengelak untuk bertindak walaupun bukti dan undang-undang sudah tersedia.
"Ini menimbulkan persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab menegakkan undang-undang pilihan raya semasa pilihan raya," kata C4 dalam laporannya - "Peranan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)" - yang dikeluarkan di Petaling Jaya hari ini.
Antara amalan pilihan raya rasuah yang disebut ialah budaya politik wang, pembiayaan politik, penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sementara dan memanipulasi sempadan pilihan raya.
Pembiayaan politik misalnya, C4 menyebut pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak menerima sumbangan daripada sumber-sumber asing bagi pilhan raya.
Dalam laporannya, C4 berkata skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berperanan membiaya kempen Najib pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Laporan itu memberi enam cadangan bagi membanteras rasuah dalam pilihan raya:
  • Meminda Akta SPRM yang mentakrifkan kesalahan yang ditetapkan iaitu memasukkan kesalahan pilihan raya dan amalan yang menyalahi undang-undang yang ditakrifkan oleh Akta Kesalahan pilihan Raya 1954 dan sekali gus memberi lebih kuasa kepada SPRM menyiasat kesalahan-kesalahan pilihan raya ini;
  • Memasukkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan sementara dan memanipulasi sempadan kawasan di bawah kesalahan amalan rasuah.
  • Menjadikan pasukan penguatkuasa mandatori bagi memantau serta mengawal aktiviti pilihan raya, kerana buat masa ini peruntukan itu tiada, jadi ia akan mewujudkan "jurang penguatkuasaan yang besar".
  • Memasukkan organisasi masyarakat awam yang terlibat dalam reformasi pilihan raya dan anti rasuah ke dalam latihan pasukan penguatkuasaan ini.
  • Menyelaras usaha-usaha di antara SPR dan pihak-pihak berkuasa bagi memastikan ia mematuhi undang-undang sedia ada dalam menangani rasuah.
Beli undi
Dalam laporan itu, C4 berkata pembelian undi semasa pilihan raya menentukan politik negara.
"Budaya politik wang ini sudah sebati dan mewujudkan ketidakadilan yang menjadikan usaha untuk menjalankan tanggungjawab menjadi sukar.
Laporan itu juga menyebut bahawa penganalisis dan penyelidik, professor madya Bridget Welsh yang menulis tentang politik wang semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN11) pada 2016 yang menganggarkan RM1 bilion telah digunakan bagi penyediaan "makan malam percuma" di bawah label 1MDB.
Laporan itu juga menyebut, selain membeli undi, anggota kerajaan sementara juga menggunakan kedudukan mereka, jentera pilihan raya atau dana semasa berkempen. Ini bertentangan dengan konvensyen etika iaitu kerajaan sementara mesti kekal neutral politik.
"Tindakan kerajaan sementara menggunakan kedudukan dan sumbernya bagi tujuan politik semasa tempoh kempen pilihan raya terbukti dalam PRU13 dan PRN11 Sarawak," laporan itu menyebut.
Laporan C4 juga menyatakan sempadan kawasan atau salah pembahagian dalam penyempadanan enam kawasan di Selangor iaitu Petaling Jaya Utara, Serdangm Klang, Petaling Jaya Selatan, Kelana Jaya dan kota Raja.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :