[ROMPIN] HENTI OPERASI SEMENTARA, KUALA SUNGAI ENDAU BERGELORA infomalay12.blogspot.com


Henti operasi sementara, kuala Sungai Endau bergelora


Operasi feri dari Terminal Jeti Pelancongan Tanjung Gemok ke Pulau Tioman dihentikan buat sementara waktu berikutan keadaan laut yang bergelora di muka kuala Sungai Endau.

Pengurus syarikat feri, Nasir Awang, 63, berkata, operasi feri dihentikan selama empat hari bermula 30 Oktober hingga 2 November ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi dan pelancong telah dimaklumkan mengenainya.

“Bagaimanapun kita masih meneruskan operasi di Jeti Mersing namun bergantung kepada jadual yang ditetapkan kerana mengikut paras pasang surut air di kuala.

“Namun begitu, sekiranya keadaan laut pulih lebih awal, feri di Tanjung Gemok akan kembali beroperasi seperti biasa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Nasir berkata, pelancong yang telah membuat tempahan tiket untuk pergi dan balik akan melalui Jeti Mersing, jadi tiada masalah untuk keluar atau masuk ke pulau.

Katanya, menurut maklumat yang diterima keadaan laut di Pulau Tioman juga tenang dan pelancong masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa.


Subscribe to receive free email updates: