Pas bukan nak bergaduh, cuma nak ambil hak
Sebahagian penyokong Pas yang hadir pada Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana di Wisma Tok Guru,di Kampung Pendek Salor.
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Pas berpendirian sama sekali tidak mahu 'mencari pasal' dengan mana-mana pihak.
Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Dr Azman Ibrahim berkata, perkara ini termasuk dengan kes yang membabitkan pertelingkahan berhubung isu tuntutan Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, Salor, Kelantan.
"Mahkamah memutuskan pihak plaintif perlu membayar kos RM7,000 kos mahkamah kepada pihak defendan.
"Dalam isu ini, bukan kos mahkamah yang menjadi isu besar bagi Pas. Pas juga bukan nak bergaduh dengan sesiapa, sekadar nak ambil hak kita yang sah disisi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian berhubung kemenagan Pas dalam mendapatkan kembali tanah berkenaan, selepas Mahkamah Tinggi Kota Bharu menolak permohonan injunksi yang dikemukakan Husam terhadap pemilik baharu tanah di Wisma Tok Guru.
Husam yang juga Adun Salor dalam injunksinya memohon perintah mahkamah agar Wisma Tok Guru tidak diganggu sehingga status quo pemilikan bangunan berkenaan diputuskan mahkamah hasil perbicaraan bermula 4 Disember ini.
[ ARTIKEL BERKAITAN: Penyokong Pas raikan kemenangan Wisma Tok Guru ]
Isu perebutan itu bermula susulan tanah yang asalnya milik bekas Adun Salor, Allahryarham Datuk Ahmad Rosli Ibrahim yang dinamakan atas isterinya sebagai pemilik dijual kepada Mohd. Yasin yang juga Setiausaha Kerja Pas Kelantan dengan harga RM700,000.