Adun PKR Batu Lintang See Chee How berkata demikian merujuk kepada buku Pandikar bertajuk “Berpisah Tiada” yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi Isnin lalu.
Chee How berkata, penerbitan buku itu adalah “rancangan teratur oleh kerajaan persekutuan pimpinan Umno untuk menggagal dan menimbulkan kemarahan terhadap usaha penduduk Malaysia timur yang mahukan hak dan masa hadapan mereka terjamin.”
Katanya, Pandikar orang paling sesuai memandangkan jawatannya sebagai Speaker.
“Beliau juga orang Sabah dan secara politiknya beliau tidak rugi apa-apa kerana beliau tidak perlu bertemu muka dengan sesiapa di Sabah untuk mendapatkan undi.
“Ini yang membuatkan beliau orang paling layak untuk meggagalkan hasrat, terutamanya Sarawak, yang mahukan pematuhan penuh perjanjian MA63 yang menjadi batu asas penubuhan Kerajaan Persekutuan Malaysia,” katanya.
Chee How berkata, memandangkan Pandikar tidak perlukan mandat daripada penduduk Sabah untuk terus menjadi Speaker Dewan Rakyat, jelas menunjukkan betapa lemahnya hujah beliau dalam “Berpisah Tiada.”
“Bagaimanapun, sebagai Speaker, pandangan dan pendapat beliau tidak boleh dipandang enteng.
“Mudah untuk menuduh beliau salah faham, salah tanggapan. Beliau sebenarnya merbahaya. Sebab itu saya beri amaran supaya tidak memandang enteng terhadap beliau,” kata Chee How yang juga naib presiden PKR Sarawak.
Beliau menerangkan bahawa Pandikar dan politikus timur pro-Umno seperti Pandikar sebagai “gambaran jelas prestasi wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kita (Sabah dan Sarawak) dalam mempertahan dan memperjuangkan hak dua negeri Borneo itu di Dewan Rakyat.”
“Pandangan mereka mengenai hak-hak kami yang termaktub dalam MA63 telah diserongkan dan ditentukan oleh Umno dan Putrajaya,” katanya.
Ketika pelancaran buku Pandikar itu, Zahid mengesah dan menyokong tafsiran “berat sebelah” Pandikar mengenai MA63 dengan berkata “walaupun bukan bertujuan akademik, tetapi dalam pemerhatian saya niat penulisnya adalah untuk membetulkan persepsi prasangka dan kajian-kajian bias (berat sebelah) yang punyai tujuan tertentu. Ini lah kelebihan dalam buku ‘Berpisah Tiada’ ini.”
Menurut kenyataan oleh DAP, buku Pandikar itu menolak kenyataan hak sama rata Sabah, Sarawak dan 11 negeri lain di Semenanjung ketika penubuhan Malaysia.
Rakan PKR dalam Pakatan Harapan itu turut menyatakan bahawa hak kerajaan negeri tidak pernah terhakis walaupun ketika penggubalan perlembagaan pada 1976 yang meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai negeri ke-12 dan ke-13.
Read More / Baca Lagi >>