“Terdapat beberapa mekanisme di Dewan Rakyat seperti pertanyaan-pertanyaan bagi jawapan lisan dan jawab bertulis, waktu pertanyaan (MQT), perbahasan rang undang-undang dan usul serta ucapan dalam kamar Khas.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bertarikh 6 November terhadap soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang mahu tahu tindakan terhadap menteri yang memberi jawapan tidak logik, tidak telus dan tidak jujur di parlimen.
Azalina yang juga anggota parlimen Pengerang bagaimanapun tidak menyentuh isu hukuman yang boleh dikenakan jika menteri gagal berbuat demikian.
Pembangkang sering mendakwa gagal mendapat jawapan berkaitan soalan berkaitan 1MDB.
Terbaru Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) tidak berpuas hati dengan jawapan menteri kewangan kepada soalan berkaitan jumlah pelaburan dalam bentuk ‘unit’ anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited (Ltd).
Soalan lisan yang pernah ditolak dalam sidang Dewan Rakyat pada Julai itu turut mempertanyakan mengenai nama institusi bank atau kewangan yang menjadi ‘penjaga’ kepada pelaburan tersebut.
Menteri kewangan tidak menjawab secara terus sebaliknya memberikan perincian mengenai pelan rasionalisasi 1MDB yang menurutnya tidak berkaitan langsung dengan soalan yang diajukan.