Gambar Hiasan
(Ubah saiz teks)
CHERAS – Seorang wanita maut, manakala adiknya parah ditikam di sebuah flat kos rendah, Bandar Tasik Selatan, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji berkata, dalam kejadian kira-kira 10.31 malam itu, pasangan adik-beradik itu ditemui dengan kesan tikaman di tingkat 18 flat terbabit oleh penghuni di situ.
“Mangsa (wanita) berusia 31 tahun ditemui maut di tepi tangga, bersebelahan lif dengan kesan tikaman di perut.
“Seorang lagi mangsa berusia 18 tahun dipercayai adik lelaki kepada mangsa pertama dilapor parah dengan kesan tikaman di dada kiri dan perut sebelum dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, polis kemudiannya menahan suami dan abang ipar mangsa wanita terbabit yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan.
“Berdasarkan maklumat saksi, ketika kejadian dia terdengar jeritan meminta tolong sebelum melihat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Related Posts :
[Video ISU WANG PENCEN DAN KEBAJIKAN PARA TERNTERA] Rumah Prima: Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja? infomalay12.blogspot.comKhamis, 10 Ogos 2017
Rumah Prima : Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja
PARLIMEN l Kerajaan… Read More...
'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar infomalay12.blogspot.com
Imej via Sinar Harian
KUALA TERENGGANU - Ibu mangsa buli melibatkan pelajar kolej vokasional di sini, meluahkan rasa kesal kerana … Read More...
‘Bodoh’ asingkan cawan murid Islam & bukan Islam... infomalay12.blogspot.com
Tindakan sebuah sekolah di Selangor mengasingkan cawan untuk pelajar Islam dan bukan Islam dikecam kumpulan G25 yang menyifatkan ia sebaga… Read More...
[Video Usaha PAS dapatkan sokongan AMK dan ARMADA di Kelantan gagal] Forum NGO pro-Pas malam ini, AMK dan Armada tarik diri. infomalay12.blogspot.com
… Read More...
[Video PANAS! Menteri BN Kantoi bila TAK boleh jawab soalan indeks Rasuah] HIDUP Umno, HIDUP Melayu, HIDUP Bahasa Kebangsaan! PRU 14, ANTARA HIDUP DAN MATI? infomalay12.blogspot.comJumaat, 11 Ogos 2017
Otai BERSIH telah menambah 7 foto baru
Semalam pada pukul 5.06 pagi ·
… Read More...