Dr M rela dipersalahkan atas Ops Lalang infomalay12.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil tanggungjawab atas penahanan serta seksaan dialami tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa Operasi Lalang walaupun keputusan untuk menangkan seseorang bukan terletak di tangannya.
Kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu beliau sendiri pernah bertanya kepada polis sama ada ISA wajar dihapuskan atau tempoh penahanan dipendekkan menjadi setahun.
"Mereka (polis) tidak setuju," katanya dalam catatan terbaru di blog beliau hari ini.
Perdana menteri keempat Malaysia itu juga diberitahu bahawa tahanan ISA turut diseksa.
"Saya kesal tahanan Ops Lalang diseksa. Ini melanggar undang-undang," katanya.
Beliau juga menyatakan perkara pertama dilakukannya selepas menjadi perdana menteri ialah mengarahkan semua 21 tahanan politik yang dipenjara mengikut ISA dibebaskan.
"Saya melakukannya kerana saya tak suka penahanan tanpa bicara sejak Aziz Ishak ditangkap," katanya merujuk kepada tokoh pejuang kemerdekaan, penulis dan wartawan yang pernah bergiat dalam pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM).
ISA digantikan
Adik kepada presiden pertama Singapura itu dilantik menjadi menteri dalam kabinet Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj bagi tempoh 1955 hingga 1963.
Beliau dituduh menjadi pengkhianat dan bersekongkol dengan ejen Indonesia semasa Malaysia berkonfrontasi dengan negara terbabit. Aziz menafikan tuduhan berkenaan namun beliau ditahan antara 1965 hingga.
Kata Dr Mahathir beliau berharap sepanjang tempoh menjadi perdana menteri tiada sesiapa yang perlu ditahan mengikut ISA.
Walaupun begitu ramai orang ditahan mengikut akta berkenaan sepanjang tempoh 22 tahun Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Subscribe to receive free email updates: