KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kementerian Pendidikan akan terus meningkatkan sistem pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) agar selaras dengan Transformasi Negara 2050 (TN50) menjelang 2050.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dasar pendidikan sedia ada kini sudah memadai cuma akan ada penambahan agar selari dengan Transformasi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) bagi generasi akan datang.
“Beberapa elemen telah digerakkan di bawah PPPN bagi menjadikan ia satu pelan holistik termasuklah dengan penggunaan teknologi digital dalam pembelajaran dan pengajaran selain mewujudkan kelas abad ke-21.
“Dalam pada itu, kejayaan murid perlu dilihat secara keseluruhan termasuklah pemikiran, pendidikan, kokurikulum, sukan dan sebagainya bagi mencapai matlamat tersebut,” katanya kepada media selepas meraikan majlis santai bersama masyarakat Parlimen Padang Terap di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim dan ADUN Pedu, Kama Noriah Ibrahim bersama lebih 600 masyarakat Parlimen Padang Terap di Kuala Lumpur.
Mahdzir berkata, sistem pendidikan negara akan merentasi semua masyarakat tidak kira di bandar dan juga pedalaman bagi memastikan semua menikmati transformasi ini.
Menurutnya, sistem pembelajaran yang cenderung kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu terus dipupuk dalam kalangan murid bagi memastikan ia dapat mengharungi Industri 4.0
“Menerusi penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di sekolah juga antara faktor yang akan menyumbang kepada perkara itu,” katanya.
Sementara itu, Mahdzir yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, Kuala Nerang akan menjadi sebuah Bandar Getah (Rubber City) apabila semua pusat penyelidikan Lembaga Getah Malaysia berpindah daripada Sungai Buloh di Selangor ke daerah itu dalam tiga tahun lagi.
Menurut beliau, pemindahan tersebut sudah berlaku secara berperingkat sejak 2007 dengan memperuntukkan tanah seluas 1,700 ekar bagi pusat kajian dan penyelidikan getah di Malaysia.
Tambahnya, pusat itu secara tidak langsung akan meningkatkan sosioekonomi dan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar dengan adanya industri berasaskan getah di sana.
“Pelbagai kajian akan dilakukan di pusat itu termasuklah kajian penanaman, susu getah selain pelbagai industri berasaskan getah yang akan berpusat di bandar itu kelak,” katanya.
Sumber: Utusan Malaysia

loading...