Tatkala semua pihak masih berdukacita dan simpati dengan tragedi banjir terburuk yang menimpa rakyat Pulau Pinang, Abdul Rahman sempat menulis di akaun Twitternya menempelak individu tertentu.
Abdul Rahman menulis di Twitternya pada 5 November:
“Bila banjir di Kota Belud baru-baru ini, saya tak perlu menangis-nangis untuk minta bantuan tentera. Mereka sentiasa berkhidmat untuk rakyat.”
Sindiran tersebut dipercayai merujuk kepada klip video Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sebak dan menyatakan pihaknya telah meminta bantuan angkatan tentera untuk membantu mangsa-mangsa banjir.
Video sebak
Dalam mendepani tragedi banjir yang mengorbankan tujuh mangsa setakat ini, Guan Eng terpaksa memohon bantuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi demi rakyat Pulau Mutiara itu yang berada dalam keadaan sukar lagi berbahaya.
Sindiran Abdul Rahman juga sekali gus ‘melanggar’ arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang meminta semua pihak agar tidak mempolitikkan isu banjir di Pulau Pinang.
Sebaliknya, Najib mahu semua pihak menghulurkan bantuan sedaya mungkin untuk meringankan bebanan mangsa.
Ternyata, pada hari yang sama, Najib mempamerkan jiwa yang cukup besar dengan mengetepikan fahaman politik yang berbeza dengan parti yang menjadi menjadi kerajaan Pulau Pinang hari ini manakala Abdul Rahman pula, sebaliknya.
Antara Kota Belud – P Pinang
Abdul Rahman cuba untuk membandingkan pertolongan anggota tentera di Kota Belud dengan apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Tidakkah beliau nampak perbezaan antara kedua-dua tragedi dengan bilangan mangsa yang terlibat adalah jauh lebih besar di Pulau Pinang berbanding apa yang berlaku di Kota Belud, kawasan parlimen yang diwakilinya.
Tidak beliau juga merasa simpati atau seharusnya menampakkan rasa simpati beliau kepada rakyat Pulau Pinang kerana selaku menteri di peringkat persekutuan, Abdul Rahman seharusnya menjadi ‘hero’ kepada semua rakyat, tak kisah di negara mana sekalipun.
Malah, Najib dan Ahmad Zahidi yang bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang penuh simpati dan menghulurkan bantuan, tetapi turun meranduk air bah untuk menzahirkan rasa kasihan mereka tentang nasib rakyat negeri tersebut.
Read More / Baca Lagi >>