Menurut laporan portal itu, himpunan Fastaqim 2.0 kali ini mencatat sejarah apabila dua bekas pegawai tinggi kerajaan berkenaan mengambil keputusan menyertai Pas.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan ada mengumumkan akan berlaku kejutan iaitu penyertaan dua atau tiga tokoh nasional ke dalam Pas di malam kemuncak Fastaqim 2.0di Terengganu.
Kata beliau, ada pelbagai cara untuk seseorang itu bersama-sama dengan perjuangan Pas.
Bersama Pas tidak semestinya menjadi ahli. Boleh saja bersama dengan maksud mendukung cita-cita perjuangan parti dan ada yang memilih untuk menjadi ahli Pas, sebagai rakan kongsi atau penyokong, ujar beliau lagi.
Pulak dah...nak ketawa pun ada dengan dalihnya kali ini.
Habis yang sebelum ini diumumkan bahawa bakal ada kejutan dengan dua tiga tokoh nasional akan menyertai Pas apa dia?
Apa kejutannya dan siapa yang terkejut?
Adakah Pas sendirinya akhirnya terkejut sama?