Zakaria Arshad menyambung semula tugas pada 16 Oktober selepas 4 bulan berehat.
KUALA LUMPUR: Ketua eksekutif anak syarikat Felda, Felda Global Ventures akan menyambung semula tugas pada 16 Oktober ini selepas 4 bulan direhatkan, kata syarikat itu hari ini.
Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Ahmad Tifli Mohd Talha digantung tugas pada awal Jun lalu, dalam siasatan kumpulan perladangan sawit ke-3 terbesar di dunia itu ke atas transaksi di satu anak syarikat.
Pengerusi syarikat milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berundur pada Jun, selepas perdana menteri menggesa mereka menangani isu tadbir urus korporat dan kawalan.
“Kementerian kewangan mahu Zakaria kembali sebagai presiden kumpulan Felda dan ketua eksekutif,” kata FGV dalam kenyataan.
“Inkuiri domestik dilakukan mengikut proses dalaman yang baik.”
FGV tidak memberi maklumat lanjut.
FGV terjerumus ke dalam krisis pengurusan apabila pengerusinya, Tan Sri Samad, meminta Zakaria berundur ketika syarikat sedang menyemak transaksi melibatkan Delima Oil Products Sdn Bhd dan syarikat Afghanistan, Safitex.
Zakaria melanjutkan surat kredit untuk transaksi melibatkan Delima dan Safitex, langkah yang lembaga pengarah syarikat merasakan sudah melanggar prosedur biasa, kata jurucakap syarikat kepada Reuters.