PUTRAJAYA – “Individu berkenaan bukan sahaja menawarkan wang kepada saya tetapi saya dimaklumkan individu sama ada kaitan dengan beberapa kes pemimpin Bersatu meninggalkan parti” dakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Katanya, ‘tangan’ individu berkenaan ada dalam Exco Armada, Srikandi Bersatu malah turut ada dalam Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
<body><div id=\"overlay\"><div id=\"my-ad-slot\"><script type=\"text/javascript\">var inmobi_conf={siteid:\"1de6707b1bf649a79978761a2b81cf62\",slot:\"14\",adtype:\"int\"};</script><script type=\"text/javascript\" src=\"http://ift.tt/1dmVakG\"></script><script type=\"text/javascript\">_inmobi.addEventListener(\"close\",function(a){});</script></body></html>">
“Kalau kita perhatikan alasan-alasan yang digunakan oleh individu yang telah meninggalkan Bersatu…hampir sama dan mereka hanya membaca kenyataan media yang disediakan individu berkenaan,” katanya.
Menurutnya, selepas mengadakan sidang media kelmarin, beliau tidak lagi dihubungi pihak yang menawarkan wang berkenaan.
Ditanya mengapa ahli keluarganya diugut, Syed Saddiq berkata, dalam politik orang akan menyerang kelemahan seseorang itu untuk menjatuhkannya.
“Mereka melihat keluarga saya sebagai satu kelemahan saya. Mungkin pihak musuh melihat saya begitu rapat dengan keluarga jadi mereka gunakan ini untuk menyerang.
“Selagi kita tidak bebas daripada ugutan dan sogokan mereka, kita sentiasa terpenjara dalam salah satu sistem yang merapuhkan negara,” katanya.